TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, August 21, 2011

Kembara Ramadhan Terakhir.....



Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.

Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:

Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.

Sebenarnya Lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia....

Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."

Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

[Daripada tulisan Abu Salman Said]

Tuesday, August 9, 2011

Rintihan Ramadhan

Pemimpin itu.....

Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu

supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,

maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,

yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.

(Muhammad Abduh).


‘Kalau boleh,
pemimpin kita biarlah jika karam di laut jadi pelampung,
panas di darat jadi penaung,
basah di hilir jadi penudung,
patah di hulu jadi penyambung’.

( PUJANGGA )


"Pemimpin yg hebat ialah pemimpin yg boleh memaut hati rakyat
bukannya pemimpin yg berjaya membuatkan rakyat takut kepadanya"
- TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT -


Saturday, August 6, 2011

Abdullah DeLancey Hampir-Hampir Menjadi Paderi


Kerana mempunyai sifat terlalu ingin mendalami ilmu agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian untuk menjadi seorang paderi terbantut dan tidak kesampaian.



Sebaliknya, sifat tersebut memaksa beliau mencari agama lain sebagai pengganti agama asalnya (kristian). Selepas itu beliau menemui cahaya Islam yang dipilih sebagai agama untuk dianuti oleh beliau dengan penuh keikhlasan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Apabila memeluk Islam hampir lima tahun lalu, iaitu pada 24 Mac 2006, warga Kanada ini menukar namanya kepada Abdullah DeLancey.

Di zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa, keluarga beliau membesarkan Abdullah di dalam ajaran agama Gereja Pantekosta.

Sepanjang menganut agama Kristian, beliau terlibat secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti gereja termasuk menyampaikan khutbah untuk Adult Sunday School dan pelbagai lagi tugas sebagai pembantu paderi.

"Saya ingin menyerahkan sepenuhnya kehidupan dan hidup saya ini kepada tuhan. Jadi saya bercita-cita untuk menjadi seorang paderi gereja," katanya.

Jika matlamat beliau tercapai, Abdullah dapat menjayakan misi-misi Kristian dengan lebih agresif dan meluas seperti yang dihajatinya.

Bagi mencapai matlamat itu, terlebih dahulu Abdullah perlu melanjutkan pengajian di dalam Degree in Divinity. Tetapi sebelum melanjutkan pengajian dan menyerah diri sepenuhnya kepada gereja, Abdullah mahu mengkaji kembali ajaran Kristian secara lebih terperinci dan menguji secara lebih serius mengenai keimanannya selama ini.

Dengan berbekalkan matlamat tersebut, beliau mengajukan pelbagai persoalan mengenai Kristian dan ajaran-ajarannya secara terperinci yang selama ini tidak pernah diambil peduli olehnya walaupun beliau adalah seorang pembantu paderi.


Persoalan Yang Tergantung

"Namun saya sungguh kecewa apabila tiada jawapan dapat diberikan dengan alasan sudah memberikan jawapan yang kukuh sedangkan jawapan tersebut tidak logik dan bergantung. Ada yang menjawab bahawa soalan saya sebenarnya sudah melampaui tahap pemikiran manusia untuk memikirkannya. Jadi sebagai penganut yang taat kita patut diam dan menerima sahaja tanpa banyak soal. Ini menyebabkan saya terfikir, tuhan telah mengurniakan otak yang sangat sempurna kepada manusia tetapi tidak boleh berfikir mengenai konsep ketuhanan," soalnya.

"Tetapi kenapa apabila sampai pada persoalan-persoalan yang ditimbulkan mengenai agama Kristian, secara tiba-tiba fungsi otak tidak diperlukan lagi? Adakah ini bermakna selama ini agama yang saya anuti ini adalah berasaskan satu keimanan yang buta," soal Abdullah.


"I questioned the trinity, why God would need a son, and why the human sacrifice of Jesus, as stated in the bible, was needed to provide me with forgiveness. I questioned the Christian belief of how all the righteous people in the Old Testament were "saved" and in heaven if Jesus wasn't even born yet. I pondered serious questions about Christianity that I had neglected to ask my whole life. The answers I received from Christians on these theological issues "which are the basis of the faith in Christianity" defied all reason and were absolutely beyond any logical thinking. Why would God give us a wonderful brain and then expect us to temporarily stop using it? Because that is what Christianity is asking people to do when they say you
just must have faith. That is blind faith."



Tidak cukup bertanya dengan rakan-rakan seagama, Abdullah mencari jawapan di dalam kitab Injil kerana setiap ajaran mesti berasaskan daripada kitab itu.

"Tetapi tidak satu pun jawapan yang ditemui. Malah bertambah mengelirukan walaupun cuba difahami berkali-kali," katanya.

Akhirnya tanpa sebarang keraguan, Abdullah membuang agama yang selama ini beliau pertahankan.

"Kini saya tidak mempunyai sebarang agama untuk saya percayai. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa tuhan itu wujud.


"Jadi saya masih memerlukan agama bagi menghubungkan saya dengan tuhan. Hidup ini sukar hendak dilalui tanpa ada sebarang pegangan agama," katanya.


Mengenali Islam

DeLancey mengakui bahawa masa itu menjadi saat-saat yang sukar bagi dirinya dan keluarganya yang selama ini hanya tunduk kepada ajaran Kristian. Namun beliau terus mencari kebenaran dan mula mempelajari pelbagai agama. DeLancey tetap menemui kejanggalan di dalam agama-agama yang dipelajarinya, sampailah beliau mendengar mengenai agama Islam.

Islam! Sepanjang yang saya ingat, saya tidak pernah mengenali seorang Muslim dan tidak pernah mendengar tentang kebaikan Islam. Apa yang didengarinya adalah cerita-cerita buruk tentang Islam. Ketika itu, saya sama sekali tidak menyukai Islam, "kata Abdullah DeLancey.

Tetapi selepas itu DeLancey mula membaca tentang Islam dan mula membaca isi kandungan al-Quran. Al-Quran itulah yang telah mengubah kehidupannya sehingga beliau tertarik untuk membaca apa sahaja tentang Islam. Tekad untuk mengetahui tentang Islam dengan lanjut, DeLancey pergi mencari sebuah masjid yang letaknya kira-kira 100 batu dari tempat tinggalnya.

"Saya membawa keluarga saya ke masjid ini. Dalam perjalanan, saya merasa gugup tetapi penuh dengan semangat dan saya bertanyakan diri sendiri, adakah saya akan dibenarkan masuk ke masjid kerana saya bukan seorang Arab atau Muslim, "soalnya.

Setelah sampai di perkarangan masjid, saya merasa bahawa tidak ada apa yang perlu dikhuatiri. Beliau dan keluarganya disambut baik oleh seorang Imam dan beberapa Muslim di masjid itu. "Mereka sangat baik. Tidak seperti yang digambarkan di dalam media, "akui DeLancey.

Di masjid itu, DeLancey diberi buku yang ditulis oleh Ahmad Deedat. DeLancey membaca semua bahan-bahan bacaan tentang Islam dan sangat menghargai pemberian itu kerana di perpustakaan berhampiran tempat tinggalnya hanya mempunyai empat buah buku mengenai Islam.

"Setelah mempelajari buku-buku itu, saya sangat teruja dengan ajaran Islam. Bagaimana saya boleh menjadi seorang Kristian dalam tempoh yang begitu lama tanpa mengetahui kebenaran? Saya akhirnya yakin terhadap Islam dan ingin memeluk Islam, "kisah DeLancey.

Beliau kemudian menghubungi komuniti Muslim di tempat tinggalnya. Pada 24 Mac 2006, saya pergi ke masjid dan mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum menunaikan solat Jumaat selepas itu, dengan disaksikan komuniti Muslim di tempat tinggalnya.
Related Posts with Thumbnails