TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, March 25, 2012

Buat yang bergelar P.E.R.E.M.P.U.A.N.....

Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,


Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Rahsia Surah Al-Kauthar

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( إِنَّا َأعْ َ طيْنَاكَ الْ َ كوَْثرَ ( 1
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.
( َفصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ( 2
2. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana
Tuhanmu.
( إِنَّ شَانَِئكَ هُوَ الَْأبْتَرُ ( 3
3. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus
keturunan.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday, March 24, 2012

Lebai Pekan kata.....

Harus murid itu mengenal gurunya,

tetapi bimbangilah apabila guru tidak kenal muridnya....

dan amat berbahagialah pula apabila

guru itu kenal lagi ingat akan muridnya.....

Kenangan bersama murid - 1H 2011

Saturday, March 17, 2012

Ter.....

Tersentak sejenak tadi, pabila baris demi baris menatapi betapa 'keletah'nya perbualan semuda usia 14 tahun anak-anak didikku bermain kata. Mungkin pada kalian itu hanya jenaka dan untuk suka-suka semata. Tapi mungkin kalian terlupa terdapat dua insan utama dalam hidup kalian yang anda "permainkan"...iaitulah ibu sendiri dan bonda Pengetua, yang boleh dirangkap sebagai ibu tatkala kita berada di sekolah.

Mengapa harus ia terjadi sekali lagi, pada kalian.....mereka yang pernah cikgu didik....? Seringkali cikgu ingatkan dan perjelaskan, diselitkan sepanjang sesi P&P, dan watak nakal itu sebenarnya telah pun terserlah sejak dari awal lagi... Cikgu perasan, cuma hanya berdoa semoga kalian diberikan hidayah agar tidak terus-terusan 'seronok' dalam kealpaan.

Kita umat akhir zaman....mudah terlupa dan terleka walaupun hanya dengan sedikit permainan dunia ini.... Usahlah terlalu mudah diperdaya dengan segala yang mungkin menjatuhkan maruah kita sendiri sebagai umat Islam...kerana di situ kita mungkin terlupa akan janji kita dalam kalimah syahadah yang sering kita lafazkan setiap kali dalam solat kita.... :

JANJI KITA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH INI,
UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN
DAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN


Dijentik Halus


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaannya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia terlanggar tembok di hadapannya. Akibatnya, itulah dia, pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Rasulullah s.a.w kemudian bersabda maksudnya; "Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada hambaNya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia."


Rupa-rupanya jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah disegerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosanya dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.


Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah yang ada kini, kita juga diingatkan oleh Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatan-peringatanNya.


Pejamlah mata seketika, rasailah kasih sayang Allah yang tidak pernah bertepi. Senyumlah.... Kemudian kerahlah hati, lisan dan seluruh anggota tubuh agar membals kasih sayangNya dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi...... Insya Allah....

*dipetik dari majalah Solusi Isu #40; m/s 71
Related Posts with Thumbnails