TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....
Showing posts with label Foto Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Foto Tazkirah. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Doa Ramadhan....ini


"Ya Allah, 
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun 
lagi Maha Mulia, 
yang suka memberi pengampunan, 
maka ampunkanlah kami....."

Sunday, June 17, 2012

Muhasabah sejenak

Peristiwa Isra' Mikraj yang setiap ahun diingati - apakah impaknya dalam kehidupan kita sehari-hari....
Semoga hidup yang berbaki di muka bumi Allah ini akan lebih diberikan suatu nafas baru sebagai seorang Muslim yang mukmin, insya Allah..

Peristiwa Isra' Mikraj
[klik sini untuk perkongsian teks mengenainya]

Ingatlah selalu akan pesanan ini :

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam yang kita telah tinggalkan"

Sunday, April 29, 2012

Kongsi Kisah Nabi dengan Buah Oren

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. (^__^)

Sunday, March 25, 2012

Buat yang bergelar P.E.R.E.M.P.U.A.N.....

Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,


Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Saturday, March 24, 2012

Lebai Pekan kata.....

Harus murid itu mengenal gurunya,

tetapi bimbangilah apabila guru tidak kenal muridnya....

dan amat berbahagialah pula apabila

guru itu kenal lagi ingat akan muridnya.....

Kenangan bersama murid - 1H 2011

Sunday, November 27, 2011

1433H ini....

Kata-kata di bawah ini mempunyai maksud yang sama. Cuba hayati ia, kata-kata ini dipetik dari rancangan Mukmin Profesional, kelolaan IKIM.fm, bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi...

Don't be apart of the problems,
even though we cannot be part of solution...


Kalau kita tak dapat nak menjadi garam yang memasinkan ikan,
maka jangan jadi langau yang membusukkannya...



Sekurang-kurangnya kita tak akan menambah masalah,
walaupun kita tak mungkin dapat untuk menyelesaikan masalah....


Renung-renungkan maksud yang tersirat dalam ketiga-tiga frasa di atas... Semoga dengan kedatangan tahun baru 1433H ini dapat menjadikan kita lebih baik dalam urusan sesama manusia apatah lagi dalam urusan dengan Tuhan...

Semoga hari esok kan lebih bermakna daripada hari ini yang kian mengakhiri, walaupun begitubiarlah hari ini jauh lebih baik dari semalam yang telah kita tinggalkan...

Insya Allah...

Tuesday, November 15, 2011

Blog Islami yang bermanfaat

Salam Perjuangan untuk semua.....

Ramai yang mempunyai blog sekarang ini.... Menulis di blog suatu hobi atau minat yang sangat menjadi kegilaan sesetengah remaja yang amasih di alam persekolahan. Kekadang itu - cikgu kagum dengan komitmen yang diberi kepada semua entri dan juga maklumat yang memang 'up-to-date' di dalam blog mereka ini. Maka terfikirlah di benak ini, alangkah bagusnya jika komitmen yang sebegitu bersungguh juga disunti untuk tujuan manfaat masa depan mereka, iaitulah untuk kebaikan di dalam dunia mereka sebagai pelajar dan tidak rugi juga sebagai tuntutan sebagai seorang Muslim...

Berikut ini, cikgu ingin berkongsi satu senarai 'toplist' Blog-blog Isl
ami yang mungkin boleh dijadikan tatapan kalian, selama kesibukan hujung tahun bagi cikgu nanti... Apa yang diharapkan agar - apabila tersentuh sahaja jari jemari kita pada 'keyboard' komputer masing-masing - itu adalah buah-buah pahala dan kebajikan untuk menjadi bekalan kita di akhirat sana, Wallahua'lam.....

http://iqbalsyarie.blogspot.com/














http://ustazlove.com/blog













http://salafus-sholih.blogspot.com/
















http://satuumat.blogspot.com/














http://www.ustaznoramin.com/







http://syahirul.com







http://stokinputih.blogspot.com/














http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/















http://almomentum.blogspot.com/

















Semoga bermanfaatlah segala usaha yang sekelumit ini di tika dan saat kesibukan semakin mencengkam. Teringat akan maksud sebuah hadis Nabi s.a.w seperti mana yang ditunjukkan di poster di bawah ini :


Selamat Bermujahadah!

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDIL ADHA buat semua.....

Semoga takbir dan tahmid yang dialunkan di sepanjang Hari Raya Korban ini sehinggalah ketiga-tiga Hari Tasyrik akan dapat menambah pahala buat kita semua, insya Allah.

Tuesday, August 9, 2011

Pemimpin itu.....

Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu

supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,

maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,

yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.

(Muhammad Abduh).


‘Kalau boleh,
pemimpin kita biarlah jika karam di laut jadi pelampung,
panas di darat jadi penaung,
basah di hilir jadi penudung,
patah di hulu jadi penyambung’.

( PUJANGGA )


"Pemimpin yg hebat ialah pemimpin yg boleh memaut hati rakyat
bukannya pemimpin yg berjaya membuatkan rakyat takut kepadanya"
- TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT -


Thursday, March 17, 2011

Guru adalah.....

*Pastikan objektif tercapai

“Guru adalah ejen sosialisasi
yang berpengaruh
dalam menyemai
semangat kekitaan,
kerjasama
dan

cintakan negara
di kalangan anak didik mereka”
-Tan Sri Muhiyuddin Yassin-


*Don't be like this teacher!

Guru adalah pelukis rohani,
kau jua permata tanpa tanda harga,
Guru jua adalah agen perubahan massa....

Guru jua hadir sebagai
sahabat karib untuk
semua muridnya;
samaa ada yang
menggembirakan
ataupun
yang melukakan....

Renung-renungkanlah
duhai anak-anak didikku
yang dikasihi Lillah....

***Tazkirah musim cuti***




Monday, February 14, 2011

Rasul Junjungan yang dirindui......

Selawat dan Salam disampaikan buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Beserta kasih dan sayang yang tiada setanding dengan kasih sayangnya kepada Ummat akhir zaman.

Ya Rasulullah, Berbahagialah

Berbahagialah dan tenanglah jasadmu
Selepas berpuluh-puluh tahun berdakwah
Dan menanggung penat serta keletihan demi kesejahteraan ummatmu

Dan pasti berbahagialah Engkau ya Rasulullah
Yang pernah mengikat perut dengan batu
Menahan lapar demi kesejahteraan ummatmu

Berbahagialah engkau, Rasulullah yang pernah dipatahkan gerahamnya
Dan dilemparkan batu padamu demi kesejahteraan ummatmu

Serta pasti berbahagialah jasadmu di sana
Yang pernah merasa sakit
Kerna dimasukkan sesuatu ke dalam pipinya kerana ummatmu

Dan pasti berbahagialah engkau Ya Habibillah
Yang pernah terluka dahinya
Lalu engkau menahan darah suci yang keluar itu
Untuk tidak jatuh ke atas tanah
Demi untuk rahmat dan bukan kemurkaan kepada ummatmu

Kerana apabila darah itu jatuh sebagai kemurkaan
Maka binasalah ummatnya pada masa itu juga

Sebaliknya, sebuah senyuman telah engkau sedekahkan

Dan sungguh berbahagialah engkau, seorang Kekasih
Yang bengkak kakinya akibat pengabdian diri
Beribadat dan bermunajat
Di sepertiga malam
Menghadap Tuan Punya Dunia untuk kesejahteraan ummatmu

Wahai Rasulullah, baiknya engkau kepada ummatmu!

Tenanglah jasadmu di sisi Kekasihmu
Yang menanggung kesusahan,
Kepayahan, kesakitan
Kedinginan, keperitan dan kelaparan
Demi ummatmu di akhir zaman

Kami tahu, sekian lama engkau meninggalkan kami
Engkau masih hidup dan masih hidup di sisi Kekasihmu

Maka, saksikanlah penyaksian kami Ya Habiballah!

Thursday, February 3, 2011

Antara berdiri, berjalan dan berlari...

Daripada berbaring lebih baik berdiri...


daripada berdiri lebih baik berjalan...


daripada berjalan lebih baik berlari...


Walaupun mungkin berubah haluan tuju kita nanti,
mungkin di situ ada suatu yang lebih bererti,
lagi bermakna.....

Mungkin juga dengan hijrah ini,
mereka di luar sana kan terus berkata...
memberi komentar-komentar ilmiah mereka.

Ambil saja yang positif,
abaikan yang merosakkan sang jiwa.

Apa pun usaha kita di dunia fana' ini...
Perlu segumpal keazaman,
hendaklah selalu husnuzon...
dalam langkah dan bicara

Andai tersadung kata nista atau cerca,
Ingat selalu.....

BUKANKAH ALLAH ITU ADA......

*Muhasabah bersama....

Thursday, December 16, 2010

Hayatilah......

Hormati yang tua, sayangi yang muda...

Jadilah kita seorang yang pemaaf....

Pastikan hidup di dunia fana' ini memberi manfaat....

Perteguhkan keimanan kepadaNya....

Muhasabahlah duhai diri

Perjuangan kita semua hingga ke titisan darah yang terakhir....

Maka, sedari itu, usahlah disia-siakan usia mudamu,
Bangkitlah dari kelekaanmu,
Bangunlah dari lenamu yang asyik,
Terajuilah jiwa dan rohmu....
agar kembali kepada fitrah asalnya,
Hamba kepada Rabbul Izzati....

Monday, November 15, 2010

Puasa Hari 'Arafah....

Puasa Hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Wukuf di Padang Arafah

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Lautan manusia....

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

*SEMOGA SAHABAT HANDAI DAN KELUARGA

YANG MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI

AKAN DIKURNIAKAN

HAJI YANG MABRUR,

INSYA ALLAH.....

Sunday, October 17, 2010

Renungkan....


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.



Dalam kepayahan ada kesenangan, dalam kesenangan ada kesusahan.Sesungguhnya bumi mana yang tidak pernah di timpa hujan dan lautan mana yang tidak pernah bergelora, jua insan mana yang hidupnya tidak pernah diuji.

Monday, September 20, 2010

K.E.G.E.L.A.P.A.N

Adakah cahaya penyuluh kegelapan hati, atau hati yang menjadi penyuluh kepada kegelapan?
Cahaya hati kan mampu menerangi jalan nan kegelapan,
alam maya yang ketandusan cahaya nan terang
juga hati-hati yang sering dalam bekalan cahaya nan malap saja...



"Di dalam cahaya yang gelap itu pasti ada cahaya yang menerangi kegelapan..
begitulah jua dengan hati..
jika ia gelap ia akan mati..
tapi jika ada cahaya yang menerangi nya ia akan terus hidup...
dengan cahaya hidayah dariNya"..

Al Baqarah : 216

Related Posts with Thumbnails