TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....
Showing posts with label Coretan Seorang Guru Ambil Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Coretan Seorang Guru Ambil Pengajaran. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Fasobrun jameel.....

Mungkin belum lagi rezeki kita di situ yang Allah nak beri... Mungkin adalah kekurangan di mana-mana yang mungkin kita perasan atau pun tidak....sebab Dialah yang Maha Mengetahui....

Sekali lagi Allah sajikan sebegitu indah susunan kisah - hanya dalam tempoh sehari, perasaan dan hati ini bagai bermain kata dengan pelbagai andaian di antara secebis iman yang mungkin tersembunyi di sudut hati dengan sang nafsu yang sering bersarang dan menjadikan si iman tertewas...biarpun dalam keadaan sedar....

Kadang-kadang, fikiran jahat ini berkata...agaknya sebab diri aku ini jenis yang tak berapa kisah, tak mudah nak ambil hati dengan sikap dan perbuatan orang lain, maka sebab itulah orang lain boleh buat begini? Disuruh ke sana ke sini, buat itu buat ini, begitu dan begini....


Aku tak lupa, pengalaman setahun yang lalu, bila ketegasan aku gunakan dalam berurusan, diri ini seumpama terpalit sedikit kekesalan selepas itu.... Sebenarnya, jika diturutkan nafsu amarah kita ini, buruk padahnya...lebih baik sahaja kita mendiamkan diri atas apa sahaja yang terjadi atau apa sahaja yang kita dengari. Namun sebenarnya, konsep Amar Ma'aruf Nahi Munkar - kita perlu bertindak jauh lebih ke hadapan.... Tidak memadai hanya dengan setakat membenci di dalam hati.... Astaghfirullah....Astaghfirullah....Astaghfirullah.....


Tak mengapa......duhai hati, yakinilah - Allah masih menyayangi dirimu.... Dia memberi peluang dan harapan baru untukmu memperbaiki usia tua mu, usah digagahi dengan bertemankan Amarah semata.... Bukankah faktor kesihatan telah diberi sedikit peringatan....apakah telah kau lupa....? Renunglah dalam-dalam, pelbagai sudah kisah dan teladan yang dihidangkan untukmu belajar meniti makna sebuah kesabaran yang memang amat sukar untuk kau kuasai dalam sebuah kerajaan diri.... Sepanjang usia akhir remajamu, bi'ah sekelilingmu secara tidak langsung mengajarmu menjadikan Amarah itu sebagai teman dalam perjuangan dan untuk memperjuangkan hak serta kebenaran.... Maka, epilog kisah silam dan lampau itu telah cukup untuk menjadikan ianya kenangan paling bermakna dalam sebuah universiti kehidupanmu....

Kini, telah sampai agaknya masa untuk kau terus palingkan wajah seusia mu itu kepada sebuah nilai kesabaran yang dititip bersama dalam baki kehidupan ini....semoga nanti, kan kau temui jua sebuah destinasi cinta yang abadi selamanya, berbekalkan segenggam tabah, untuk kesekian kalinya meniti damai yang telah hilang..........



Friday, February 10, 2012

Watak-watak Itu

Sesekali, terusik juga hati seorang guru itu, bila melihatkan gelagat mereka, mendengarkan betapa "trendy"nya hidup mereka di zaman ini. Sangat berbeza dengan zaman persekolahan si guru itu... Kekadang itu, yang dilihatnya itu, bukan pun muridnya atau bekas muridnya, tetapi secara terus, ingatan seorang guru itu kan terus membuatkan ia mengimbau segala detik kenangan bersama mereka yang bergelar murid... Nama-nama yang 'terkenal' masih segar dalam ingatan si guru itu... Entah dah jadi apa lah mereka... Zaman terus berlalu, tahun demi tahun ditinggalkan, si guru tetap berjawatan guru sebagai suatu profesion mulia tiada tandingannya..... Tapi, si murid dah menjadi macam-macam....dari seorang doktor, jurutera, usahawan, pensyarah, ustazah dan guru, segalanya ada....
Guru ibarat pelita :
menerangi kehidupan seorang murid


Apabila disantuni pula si guru itu dengan mereka yang jenis mengikuti arus perkembangan terkini, tetapi dalam pada masa yang sama, tetap mempertahankan norma-norma utama sebuah kehidupan sebagai seorang Muslim/bangsa Melayu...serta pegangan yang menampakkan jatidiri mereka, sejuk mata memandang dibuatnya.... Alhamdulillah.... Sekali lagi, ligat berputar fikiran si guru bagaikan 'slide projector' yang mengimbau satu per satu wajah-wajah murid dan bekas muridnya yang umpama penawar di kala duka....

Kehidupan - suatu yang perlu direnungkan
Persoalkanlah pada diri - Sampai bila?

Secara sedar atau tidak itulah lumrahnya.... Guru tetap guru, satu demi satu profesion lain muridnya akan ditauliahkan atau diijazahkan....tetapi mereka tetap seorang guru... Jika menjadi si murid itu sebagai seorang insan, mahupun sebagai manusia, si guru akan menumpang gembira dan rasa bersyukur kerana menjadinya si murid yang pernah dididiknya - suatu ketika dahulu mungkin dengan bekalan ilmu formal untuk jawatan yang dijawatnya sekarang, tetapi jauh lebih bersyukur dan gembira apabila si murid dapat mengaplikasikan ilmu kehidupan sebagai seorang Islam dan manusia akhir zaman, yang mana ilmu itu tersampai secara informal; dari perwatakan yang dibina, percakapan dan perbualan harian mereka, cara pergaulan dan mungkin juga dari pemerhatian si guru andainya ada kes-kes istimewa..... Ilmu sebeginilah yang jauh lebih bermakna sebenarnya, walaupun ianya tidak tersenarai dalam huraian sukatan pelajaran atau juga termasuk dalam skop peperiksaan, namun ianya tersirat di sebalik sebuah pengajaran yang barokah dan diredhai ALlah...
Semoga anak-anak muridku kan terus ingat akar umbi hakikat seseorang itu dihidupkan dalam sebuah dunia nyata yang seharusnya dijadikan ladang untuk sampai ke dunia yang lebih kekal iaitulah akhirat. Coretan ringkas ini, sekadar mengimbau - apabila melihatkan 2 watak yang ditemui sepanjang kursus yang dihadiri :

1 - Seorang doktor muda(awal 30-an) yang nampaknya mengikuti perkembangan terkini dari segi penampilan, tetapi dalam pada masa yang sama tetap tidak bersetuju apabila diperkatakan anak muda zaman sekarang suka berlanjutan waktu malamnya; hari malamnya umpama siang - apabila dunia dan maklumat yang kini hanya terus dapat diakses di hujung jari..

2 - Seorang pelayan di cafe hotel(20-an) yang tidak berasa segan untuk menegur seorang peserta kursus, yang mirip wajah gurunya, sedangkan sebenarnya pelanduk dua serupa. Teguran itu dengan penuh sopan dan rasa hormat, walaupun dia hanya seorang pelayan yang kerjanya mengangkat pinggan dan mengemas meja..

Semoga akan bertambah ramai orang muda yang seperti 2 watak ini, di era akhir zaman ini. Ya Allah, lindungilah anak-anak muridku dari terleka dan terjerumus dek tipuan dunia yang terlalu banyak melalaikan dan melekakan... Ameen...


Related Posts with Thumbnails