TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Saturday, September 25, 2010

Biarlah....ALlah kan ada.....

Di celah rimbunan itu....
ada titis-titis hujan.....
menyegarkan.....

Di celah rimbunan itu jualah....
ada kehidupan...
....dan di sebalik kehidupan...
....menenangkan....penuh pengharapan...

Di celah-celah rimbunan itu jugalah....
ada cahaya menyinar....
.....seri kehidupan....
mendamaikan....

Pastikah ia berkekalan....
di ketika terik mentari menyengat diri....
menghembus pula bayu hangat...
...mengeringkan....
...gugusan peluh keletihan...



Catatan : Saudara Awme Heet, Mukah , Saraw ak
Ubahsuai oleh : TeacherHas...

Kehidupan penuh pengharapan di bawah terik mentari

Sedari itu jua lah, hati ini datang detiknya untuk menulis....dan terus menukil kata, buat mana-mana hati yang mungkin alpa dan lupa...hanya kepada mereka yang mungkin diberiNya tautan kasih sanubari demi Illahi yang kita dijadikan untuk saling ingat mengingati....akan dapat membaca dengan hati yang terbuka seluas-luasnya, menerima dengan rasa penuh keinsafan dan penuh keazaman untuk terus menjadi hambaNya yang lebih berguna..... muhasabah, koreksi diri, pertingkat keazaman dan amalan serta apa jua yang mungkin dapat kita garap bersama setelah meneroka apa jua yang dinukilkan di sini...

Bukan berniat di hati ini untuk mencerca atau mengata, hanya sebagai salah satu usaha penyelesaian di atas tugas dan tanggungjawab ini... Betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul... Bagaimana besarnya impak kepada minda ini, tiada siapa yang tahu.. Bagaimana terkesannya kepada jiwa insani yang mungkin ada sekelumit kekuatan untuk menyatakan kebenaran itu di jiwa ini, tidak ramai yang pernah ingin tahu.... Bagaimana berertinya ulasan dan komen membina yang diberi kepada usaha di bumi ini, tiada pula yang ingin ambil tahu....

Masya Allah.....Tuhan, hanya Kau yang mengerti bagaimana meruntun hati ini, bila begini pula jadinya... Biarlah, kuserahkan semula semuanya kepadaMu Ya Allah.... Biarlah Engkau sahaja yang telah mentakdirkan semua ini jadi begini, mengilhamkan dan mengirim bantuan dan kiriman pertolongan supaya apa pula yang akan terjadi selepas ini, adalah yang sebaik-baik keputusan untuk semuanya....

Jejak bertapak....

Buat anak-anak didikku yang dikasihi Lillah, andai tiada lagi nukilan kata cikgu selepas ini untuk kalian keramatkan dalam kehidupan, anggaplah ianya suatu kenangan yang amat indah dalam diari kehidupan kalian bergelar murid cikgu... Andai tiada lagi kekuatan di jemari ini untuk meneruskan usaha suci ikhlas ini, biarlah segala apa yang pernah tercoret di sini sebagai bukti bahawa bumi yang kalian jejaki dan langit yang kalian junjungi itu merupakan sebu ah bumi bertuah untuk sesiapa sahaja merubah diri menjadi insan yang lebih berguna; jika sekiranya insan itu ingin melihat segala ketelusan perkara yang terjadi di bumi bertuah itu sebagai ingatan dari Allah untuk kita para hambaNya.... Dan andai kata tiada lagi nafas ini untuk berkata-kata di sana, kumohon segala kemaafan kepada semua, ingatlah bahawa usaha Amar Ma'ruf Nahi Munkar ini tidak semudah bagai dikata, bagai dibincang, bagai dibahaskan bersama... Amalinya, nah....inilah dia antara mehnah dan tribulasinya...

Aku pasrah Ya Allah....kuatkanlah hati ini, perkukuhkanlah jiwa ini. Bantulah anak-anak muridku yang ingin mencari kekuatan di bumi bertuah itu, andai mereka ada peluangnya.... Takdirkanlah yang baik-baik saja untuk mereka.... Jika tidak, Kau selamatk anlah mereka.... dari segala macam ujian, gangguan, pengaruh dan penipuan agar mereka terus terselamat.... Ampunkanlah kami, para guru...andai silapnya di pihak kami, kami gagal membentuk mereka....kami gagal memanusiakan mereka....kami gagal menelusi hati sanubari mereka.... Sesungguhnya Ya Allah, kami hanya berusaha dengan kudrat yang ada, andai tidak lumayan keberhasilan hasil usaha kami ini, usahlah dihukum kami dan mereka....

Titis kesedihan itu.....

Semoga nanti, akan ada suatu ketika Kau berikan kami peluang kedua untuk terus bersama....insya Allah....

Wassalam....




Monday, September 20, 2010

K.E.G.E.L.A.P.A.N

Adakah cahaya penyuluh kegelapan hati, atau hati yang menjadi penyuluh kepada kegelapan?
Cahaya hati kan mampu menerangi jalan nan kegelapan,
alam maya yang ketandusan cahaya nan terang
juga hati-hati yang sering dalam bekalan cahaya nan malap saja...



"Di dalam cahaya yang gelap itu pasti ada cahaya yang menerangi kegelapan..
begitulah jua dengan hati..
jika ia gelap ia akan mati..
tapi jika ada cahaya yang menerangi nya ia akan terus hidup...
dengan cahaya hidayah dariNya"..

Al Baqarah : 216

Thursday, September 16, 2010

Syukran kalian semua.....

X'students 5 Ibn Khaldun 2006



X'students 5 Ibn Rusyd 2006

Kemeriahan sambutan Hari Raya bagi seorang guru itu memang lebih bermakna apabila anak-anak murid atau mungkin bekas anak murid datang berkunjung ke rumah.... Setiap tahun, akan ada yang berkunjung, penghilang rindu atau mungkin sebagai pengubat rindu.... Ada juga antaranya yang tak pernah terlupa untuk datang berkunjung... Amat bermakna bagi setiap kehadiran itu, buat hati seorang guru... Terharu hati ini dibuatnya....

Namun kekadang itu, hati ini berkata juga....di manakah si A**** tu, beliau tak pernah lupa untuk datang, namun tahun ini....tak kunjung tiba pula.... Mungkin ada masalah yang membuatkan dia tak dapat datang agaknya....

Ada pula, dari jengukan di berita-berita di laman terkenal facebook, mereka bersantai raya di tempat lain, mungkin menghabiskan waktu cuti bersama rakan taulan...namun, tak pula sampai berkunjung ke rumah... Tak mengapalah, mungkin ikatan hati anatara mereka dan diri ini, tidak sekuat mereka yang telah datang berkunjung....

Terima kasih semua yang berkunjung, semoga ukhuwwah antara guru dan murid sesama kita berkekalan....

Tuesday, September 14, 2010

Dear Students......


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....

*behave your 'language'....

Thursday, September 9, 2010

Solat Raya VS Solat Jumaat


Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya

Jawapan dari Ustaz Ghoni :



Dalam Mazhab Syafi`e solat jumuat kekal wajib apabila jatuh hariraya pada hari jumuat dan solat hariraya hukumnya adalah sunat bukan wajib

Ulamak mengatakan hadis-hadis yang dikemukakan adalahah sahih namun hadis itu ditujukan kepada bukan penduduk madiinah

Kebenaran dari RasuluLLah meninggalkan solat jumuat bagi orang yang telah menunaikan solat hariraya ditujukan khas kepada penduduk al `awaali iaitu penduduk kampung-kampung diluar madiinah yang sememangnya mereka tidak wajib solat jumuat.

Dalam Mazhab Syafi`e musafir yang tidak wajib solat jumuat tidak disyaratkan musafir jauh


Perkara ini boleh kita fahami daripada kata-kat Tabi`ien dibawah :

قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ
ثُمَّ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِي فَلْيَنْتَظِرْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ

Telah berkata Abu `Ubaid (Tabi`ie ) Kemudian aku berhariraya bersama Uthmaan bin `Affaan (khalifah ke 3) adalah hari itu hari jumuat, lantas beliau solat (hariraya) sebelum khutbah kemudian beliau berkhutbah maka antara kata-katanya :

"Wahai manusia sesungguhnya hari ini telah berhimpun untuk kamu 2 hariraya maka sesiapa yang mahu menunggu (solat) jumuat dari kalangan penduduk al `awaali (kampung-kampung diluar Madinah) hendaklah ia menunggu. Sesiapa yang suka kembali (kekampung dan tidak solat jumuat) maka sesungguhnya aku izinkan untuknya.


(petikan dari Sohih Bukhori)

Ya ada hadis seperti ini, dimana ulamak mengatakan kata-kata Nabi itu untuk penduduk kampung-kampung terpencil yang mana mereka memang tidak wajib solat jumuat pun. Sebaliknya orang yang wajib solat jumuat, mereka tetap wajib solat jumuat sekalipun hari itu adalah hariraya.

Penerangan mengenai perbezaan pendapat mazhab oleh Ustaz Muhammad Fuad:



Sedikit penambahan dari saya...oleh kerana melihat pekembangan ilmu Fiqh yang begitu meluas sekarang di Malaysia, terutama pandangan-pandangan dari mazhab Hanbali sudah diketengahkan di sini, maka sudah pastinya saya perlu meraikan pandangan-pandangan tersebut. OLeh itu saya kira tiada masalah juga masyarakat awam yang ingin berpegang dengan mana-mana pandangan tersebut dengan syarat berdasarkan Ilmu yang dipelajari, samada pandangan pertama tidak menggugurkan kewajipan solat Jumaat atau pandangan kedua yang tidak mewajibkan solat Jumaat. Bagaimanapun disini ada beberapa kiteria yang saya rasa tidak boleh diabaikan :

1 ) Pertama : tidak bertujuan meremeh-remehkan hukum hakam Syariah, mengambil sesuatu pandangan kerana mengikut hawa nafsu dan menjadikan Khilaf Fiqh sebagai helah/alasan untuk memilih pandangan-pandangan yang termudah sahaja. Sebagai mana Al-Alamaah Al-Tarizi dalam bab Hukum Ruksah menyatakan
: “ maka sesuatu helah ( sebagai alasan ) dan mengambil pandangan yang termudah yang dilakukan hanyalah menyebabkan kehancuran ( Aslu Syar’ie ) dasar/paksi Syariat, ataupun juga menghapuskan Maslahah Syar’ieyah ( kemaslahatan Syariah ) ”.


Imam syatibi juga menyebut dalam Al-Muafawaqat : "
Apabila seorang mukallaf menjadikan setiap permasalahan dengan bertujuan baginya mengambil pandangan yang termudah sahaja dalam sesuatu mazhab, dan setiap pandangan termudah tersebut memenuhi hawa nafsunya, maka sesungguhnya yang demikian itu mencabut Riqbatul Taqwa ( pemeliharaan taqwa dalam dirinya )".


Nasihat daripada Imam Ibnu Taimiyah dalam Iqamatul Hujah :
tidak harus menyandarkan helah ini kepada mana –mana imam. Dan sesiapa yang yang menyandarkan kepada salah seorang daripada mereka maka dia adalah jahil dengan dasar-dasar Imam Mujtahid tersebut, dan kedudukan mereka dalam Islam.
( Rujukan : Rukhsah Syar’ieyah, Dr Umar Abdullah Kamil )

2 ) Kedua : memilih pandangan Jumhur ( majoriti ) Fuqaha’ dalam sesuatu permasalahan, sebagaimana Syeikh Al-Qardhawi dan ramai lagi menyarankan supaya memilih Ijtihad Al-Jamaa’i ( Ijtihad majoriti ) kerana ia lebih selamat daripada Ijtihad Al-fardi ( ijtihad individu ), walupun begitu tidak boleh mengatakan ijtihad individu tadi adalah salah kerana adakala pandangan mujtahid tersebut lebih benar & tepat menurut ijtihadnya.

3) Ketiga : apabila berlaku perselisihan fiqh yang bersandarkan kepada dalil-dalilnya, maka lebih utama menggunakan qaedah Mura’atul Khilaf & keluar daripada khilaf adalah digalakkan. Caranya apabila bertembung dua pandangan dalam permasalahan Fiqh, maka digalakkan memilih pandangan yang lebih berat. Bab ini telah diperincikan oleh Imam izuddin Ibnu salam dalam Qawaid Ahkam bagaimana peraikan khilaf menurut kaedah gabungan antara mazhab maliki & syafie.

4 ) Keempat : Pengunaan dan pengamalan ilmu fiqh dalam ruang lingkup Syariah mestilah bersesuaian dengan kehendak semasa dan suasanan ( fiqh waqi’) seterusnya, bertepatan dengan Maqasid syariah ( objektif syariah ), maslahah dunia dan akhirat, dan kaedah-kaedah yang lain. Apabila membicara tentang hukum hakam dalam lapangan Syariah, maka tiga unsur ini tidak dapat dipisahkan dalam pengamalan dan perlaksanaan ilmu fiqh tersebut.

Anatara aspek terpenting yang bersangkut paut dalam perlaksanaan hukum hakam syariah ini adalah Maqasid syariah itu sendiri, iaitu tujuan sebenar pensyariatan yang berasaskan pentaklifan ( tanggungjawab ) setiap mukallaf. Ia selari dengan Konsep maqasid syariah yang tiga ini ( daruriyah, Hajjiyah dan Tahsiniah ) tujuannya untuk memelihara 5 asas penting ( iaitu agama, aqal, jiwa, keturunan, dan harta )

Manakala menurut objektif untuk agama ini,setiap individu mukallaf perlu melaksanakan tanggungjawab pensyariatan tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini Kerana objektif syariah bukannya menjadi sesorang mukallaf itu pemalas ( kerana wujudnya perselisihan fiqh yan membolehkan dia mengambil pendapat mana-mana yang mudah). Akan tetapi objektif syariah ini mengaplikasikan perselisihan dalam ilmu fiqh sebagai suatu kemudahan kepada mukalaf apabila wujudnya perselisihan pandangan tersebut menurut situasi dan keadaan.

Sebagaimana Dr Abdul Majid najjar (phd Aqidah & falsafah Universiti al-azhar ) menjelaskan dalam kitab beliau hal maqasid syariah :
“ia sebagai suatu elemen yang amat terpenting dalam asasiah ilmu-ilmu fiqhiyah. Dengan berpandukan objektif dan matlamat ini, ia menzahirkan hukum hakam syariah bertepatan dengan waqi’ ( reality ) sesuatu pemasalahan. Dan mewujudkan kemaslahatan dalam kehidupan manusia bagi mempraktikkan hukum hakam syariah”.

Beliau membawa penjelasan daripada Imam syatibi yang menyatakan perlunya seseorang faqih itu memahami situasi semasa dalam suatu permasalahan dan memerhati dengan mendalam keadaan mukallaf tersebut agar dapat membawa kepada kemaslahatan dan menolak berlakunya kefasadan.

Apabila menyentuh tentang maqasid Syariah ini, saya tertarik dengan jawapan saudara di atas…kerana Objektif Syariah ini berkait dengan Fiqh nawazil..melihat permasalahan berbeza situsasi, keadaan dan masa berubah dari zaman ke zaman .

Jika diukur dalam pemerhatian Syariah, pandangan-pandangan yang berbeza ini adalah benar kedua-duanya ( pandangan yang menggugurkan solat jumaat dan tidak menggugurkan solat Jumaat ) namum apabila dilihat pada konteks tujuan & matlamat Syariah ini, pentaklifan dalam perlaksanaan hukum hakam tersebut masih lagi terikat apabila ia bersesuaian dengan kemampuan seseorang individu mukallaf tersebut. Ia berbeza bagi mereka yang tidak berkemampuan. Malah ia selari dengan tujuan Syariah mempraktikkan hukum tersebut sebagai mempertingkatkan ketaqwaan bukan mengabaikan sesuatu pensyariatan kerana berhelahkan suatu kemudahan.

Sebagai kesimpulannya, saya meraikan pandangan-pandangan yang berbeza ini yang menyatakan solat jumaat tidak perlu dilakukan..tetapi pada masa yang sama saudara juga perlu melihat kiteria di atas agar kita tidak menjadikan permasalahan khilaf ini sebagai lesen " cari malas " sehingga pentaklifan Syariah ini terabai kerana kemalasan kita bukan berada di sutasi yang sebenarnya, bagaimana & cara untuk mempraktikkan & meraikan Fiqh Iktilaf di kalangan mazhab fiqh yang lain.

Bagi saya pula, bukanlah susah sangat menghadiri solat jumaat tersebut, paling kurang satu jam sahaja..tidak menyebabkan lumpuh akibat bersila terlalu lama kesan darah tidak mengalir di hujung-hujng jari.

Dan bukan terlalu susah pada zaman serba moden sekarang, start enjin kenderaan dalam masa 10minit sudah sampai ke masjid, berbanding di zaman lampau berjalan kaki berbatu-batu jauhnya sudah pasti menyukarkan berulang alik dari rumah ke masjid. Begitu juga bagi mereka yang tinggal berjauhan, dan juga bagi mereka yang sibuk menyembelih dan menguruskan haiwan korban apabila sudah menyempurnakan solat hari raya dan pelbagai lagi urusan penting unutk kemaslahatan umum. Mungkin di situ ada keperluan dan sebabnya.

Tetapi bagi mereka yang meninggalkan solat jumaat kerana hendak keinginan tidur, kerana kesibukan seharian berhari raya, kerana letih bersembang , kerana sibuk berjuadah kuih muih, kerana sibuk membawa teman wanita bersiar-siar dihari raya dan pelbagai-bagai lagi kesibukan kita adakah sama situasi di atas..? sehinggakan kita mengabaikan perkara yang lebih keutamaan daripada yang bukan utama. Maslahah dunia & akhirat lebih penting daripada kepentingan peribadi.

Walaubagaimanapun kewajipan mendirikan solat zohor bagi golongan yang kedua ini tetap tidak digugurkan hukumnya secara Ijma'.

Sekian Wallahu’lam

Bacaan Tambahan : Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya - Pusat Fatwa United Arab Emirates

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI LEBARAN


Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"
Sempena dengan hari kemenangan ini sepatutnya umat Islam mengisinya dengan aktiviti yang terus mengekalkan dirinya dalam keadaan fitrah yang suci setelah dosanya diampunkan Allah sebagai mana Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu.(hadith riwayat al-Bukhari )

Sunday, September 5, 2010

Rahmat Golongan Miskin, Dah Berzakat Fitrah Tahun Ini? | iLuvislam + discover the beauty of islam


Rahmat Golongan Miskin, Dah Berzakat Fitrah Tahun Ini? | iLuvislam + discover the beauty of islam

Look trough your Ramadhan.....(klik here)


RAMADHAN 2010
Muslim men and women across the world are currently observing Ramadan, a month long celebration of self-purification and restraint. During Ramadan, the Muslim community fast, abstaining from food, drink, smoking and sex between sunrise and sunset. Muslims break their fast after sunset with an evening meal called Iftar, where a date is the first thing eaten followed by a traditional meal. During this time, Muslims are also encouraged to read the entire Quran, to give freely to those in need, and strengthen their ties to God through prayer. The goal of the fast is to teach humility, patience and sacrifice, and to ask forgiveness, practice self-restraint, and pray for guidance in the future. This year, Ramadan will continue until Thursday, September 9th.
Related Posts with Thumbnails