TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, April 29, 2012

Kongsi Kisah Nabi dengan Buah Oren

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. (^__^)

Friday, April 27, 2012

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Situasi 1



Keinginan menjadi seorang dermawan(bersifat mulia - bersedekah). Seorang kanak-kanak yang mempunyai sifat ini amatlah terpuji. Namun seandainya tiada kemampuan, maka memadailah sekadar nilai yang ada sahaja untuk bersedekah. Walaupun begitu, kekadang nafsu dan keinginan menunjuk kepada kawan atau orang sekeliling, menyebabkan mungkin si kanak-kanak ini tadi boleh sampai ke tahap mencuri / mengambil hak orang lain(contoh : mengambil wang kawan yang lain) demi melakukan suatu perkara kebaikan baginya(iaitu bersedekah tadi). Mungkin sikap si kanak-kanak itu tadi, perlu dibetulkan, walaupun BERSEDEKAH itu sifat yang mulia tetapi, MENCURI itu adalah berdosa dan HARAM hukumnya. Maka, perbuatan mencuri itu tidak akan jadi halal demi suatu perbuatan baik, iaitu bersedekah.

Situasi 2



Menyampaikan dakwah pelbagai cara dan kaedah. Metodologi dakwah ini, secara paling mudah - lihat sahaja akhlak Rasulullah. Namun, mungkin ramai antara kita yang tersilap faham cara bagaimana untuk melunaskan tuntutan Sunnah Rasulullah s.a.w itu. Sebagai contoh; mesej-mesej dakwah melalui lirik-lirik lagu dakwah masa kini dengan arus nasyid kontemporari semakin diminati dan boleh dijadikan daya tarikan atau alternatif kepada mereka yang ingin mula menjinakkan diri kepada suatu hijrah dalam diri. Namun, seandainya bagi kaum wanita, rasanya ia adalah suatu yang perlu difikirkan semula akan hukum sebenarnya, sama ada boleh atau pun sememangnya tidak boleh.... Penerangan yang jelas boleh diperolehi dari tulisan ini  klik sini atau pun penerangan lebih terperinci di sini : klik Amat malanglah sekiranya ada di kalangan kita menjadikan AURAT yang sudah jelas HARAM didengari oleh merek ayang tidak muhrim kepada kita sebagai medan DAKWAH. Apatah lagi jika seandainya, tujuan dakwah itu dikemudiankan daripada tujuan-tujuan lain seperti tujuan dipertandingkan atau pun dipersembahkan. Wanau'zubillah....

Banyak lagi situasi lain yang boleh dibicarakan. Akal fimiran nan waras dikurniakan Tuhan seharusnya digunakan untuk merenung peluang demi peluang yang diberi Nya untuk kita semua memperbaiki diri bukan saling menyalahi sesama sendiri. Sesungguhnya, setiap yang kita rancang itu biarlah di atas landasan Islam....dan jika sekiranya ada di antara perancangan yang kita lakukan itu bercampur aduk antara yang benar dan yang bathil; antara yang boleh dan tidak boleh; antara yang harus dan juga yang haram - maka nantikanlah sahaja balasan dan percaturan Allah yang mengatasi segalanya... Wallahua'lam...


 
Lagi tulisan / artikel tentang Matlamat Tidak Menghalalkan Cara :

Monday, April 2, 2012

Ingatan-ingatan penyejuk jiwa.....


"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang, itu tanda bahawa kita sudah ada di hadapan."
Maka, senyum dan jangan susah hati.
Ingatlah, Allah bersama hambaNya yang bersabar keranaNya..
(Ust Zahazan Mohamed)

"Dakwah bukan bebanan, dakwah adalah kemuliaan. Setiap kali ruang dakwah itu terbuka utk kita, bererti Allah membuka pintu kemuliaan utk kita. "
(Ustazah Norhafizah Musa)

"Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal."
(Ustaz Zaharuddin)

"Semakin banyak kelebihan kita, hakikatnya semakin banyak 'hutang' kita kepada Allah. Bukankah semua itu kurniaan Allah?
Justeru, sudah sewajarnya semakin tinggi ilmu, harta dan kuasa yang kita miliki, maka semakin malu kita kepada Allah. Kita hanya peminjam..."
(Ust Pahrol Mohd Juoi)

"Kebahagiaan yang sejati adalah datangnya dari 'DALAM' diri...tidak akan terkesan dengan faktor 'LUARAN'...maka,carilah bahagia dengan menyuburkan HATI untuk tunduk kepada Pencipta Kehidupan...."...www.fitrahperkasa.net
Related Posts with Thumbnails