
Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"Sempena dengan hari kemenangan ini sepatutnya umat Islam mengisinya dengan aktiviti yang terus mengekalkan dirinya dalam keadaan fitrah yang suci setelah dosanya diampunkan Allah sebagai mana Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu.(hadith riwayat al-Bukhari )
No comments:
Post a Comment