TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Monday, November 22, 2010

Good Luck, ALL THE BEST!


Tiada yang lebih termampu untuk dinukilkan di sini
Hanya sekalung doa pengiring kejayaan

Buat semua calon SPM 2010 terutamanya anak-anak didikku
Hadapilah hari esok dengan hati dan semangat kental
Yang telah sama-sama kalian bajai dengan
Usaha
Keyakinan
Keazaman
Ketekunan
Agar segala yang diimpikan
Bakal menjadi kenyataan dan hakikat yang nyata

Semoga Allah memberikan kemudahan untuk semua
Banyakkan berdoa agar tenang dan tidak 'nervous'
Doa agar Allah pandukan jawapan yang benar(tidak tersasar)
Bukakan minda dengan jawapan sebenar

Bisikkan juga doa agar
Skrip jawapan setiap subjek itu nanti
Selamat sampai ke destinasi pemeriksa
Yang akan disemak dengan penuh ketenangan
Tidak tersilap semasa penandaan
Mahupun semasa pengiraan

Man Jadda Wa Jada!


Doa Masuk Dewan Peperiksaan


2 comments:

  1. salam cikgu~
    huhu... cuaknye saya tunggu result ni especially bio paper...
    terima kasih banyak2 sebab walaupun cikgu tak ajr saya bio, cikgu ajr saya byk benda lain. Thank u teacher!
    cikgu, harap sudi mendoakan kejayaan saya dlm study nih.
    kirim salam sayang jugak pada cikgu salmah ahmad n_n
    ~nur amalina omar(5ik 2010)

    ReplyDelete
  2. Amalina, pengajaran Bio akan memberi impak berguna bila kita menghayati segala ilmu yang dipelajari...insya Allah, doalah banyak2...
    Cikgu Salmah...? Add lah fb dia...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails