Kegusaran itu dititip dek setiap episod luka antara diri insan hina ini dengan mereka semua;tak kiralah samada dengan aset utama sebagai pendidik atau mungkin jua sesama teman sejawatan...persoalannya, mengapa rasa itu harus hadir lagi? Mengapa sehingga hadir dalam mimpi di ketika lenaku? Begitu terkesan setiap yang berlalu itu di hati ini...

Duhai anak didikku yang dikasihi Lillah,
Ingatlah bahawa teguran ingatan serta amaranku bukan kerana jawatan...tetapi kerana ianya suatu tuntutan dan hukum Tuhan. Mana mungkin lidah ini akan jadi kelu jika ia benar-benar menyalahi syariat dan terhidang di hadapan mataku. Buat A***** M***, ingatlah apa yang telah kuingatkan. Usah biarkan kemurkaan Tuhan mengatasi keperluan kita untuk berjaya cemerlang nanti. Begitu juga S*** S*******, cukuplah apa yang telah ditakdirkan itu sebagai peringatan yang penuh bererti buat kita mengharungi hidup yang lebih mencabar ini.

Maaf untukmu teman, andai masih ada sekelumit ketidakpuashatian lagi. Sememangnya, hati manusia itu tidak pernah puas. Ada-ada sahaja yang akan dibisikkan si syaitan durjana untuk dijadikan bahan dan modal sengketa mahupun su'uszon sesama kita. Munajatlah kita bersama-sama agar air nan keruh kembali jernih; biar kocak nya ia kembali tenang...demi anak-anak didik bersama yang masih memerlukan kejelasan dalam memilih haluan, kerana kitalah yang bakal dijadikan tempat rujukan, maka semoga kita menyediakan jawapan yang terbaik untuk semua.....
Ya Allah, pimpinlah kami semua menuruti jalanMu yang lurus....
Jauhkanlah kami dari sifat terburu-buru,
agar tidak terpandu mengikut si syaitan durjana..
Amin Ya arbbal Alamin....
No comments:
Post a Comment