TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, June 19, 2011

Sebuah kelahiran, kehidupan ini dan kematian yang pasti

Bahtera Kehidupan penuh cabaran

Kehidupan umpama satu pelayaran. Pelayaran di lautan luas nan bergelora. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Andai kukuh layar yang dipasang, terus berlayarlah sebuah kehidupan itu...tapi, andai tergugat sang layar dek taufan dan angin nan bertiup kencang, kemungkinan akan punah lah kehidupan itu..
Bersabarlah duhai insan dalam segalanya.....bersabar atas segala macam bentuk ujian yang mendatang....

Bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera itu akan terumbang-ambing lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Iman dalam hati, iman yang tak mungkin diwarisi... Kita tidak akan gusar betapa pun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya. Biarpun sebesar mana ujian itu..kemudi yang yang ampuh akan mudah mengatasi walau apa pun bentuk gelombang mendatang.

* Berita sedih & gembira silih berganti...

- Baru sejenak aku tersenyum turut gembira pabila terbaca khabar gembira, berita kelahiran yang begitu bermakna buat anak didikku yang dari 'batch' pertama hasil didikanku. Masih terus berkirim khabar, kelahiran bayi sulongnya tepat pada hari ulangtahun perkahwinannya, alhamdulillah...

Anak amanah Allah

- Tersentak sejurus itu pabila mesej kuterima dari telefon
bimbitku, dalam keadaan aku tergesa-gesa untuk ke sekolah...amat mengejutkan, umpama berulang kembali nostalgia sedih setahun yang lalu, yang menimpa salah seorang sahabat baikku, pemergian suami tercintanya, setelah seminggu koma akibat kemalangan ngeri yang menimpanya...

Berhati-hati di jalan raya - Malang tak berbau

-Seolah-olah berulang semula kesedihan itu...mesej sejenak tadi mengkhabarkan akan kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangan di kampus, Ustaz Mat Syam, merangkap mas'ul IPU, menginap di Kamsis Rahim Kajai, sekamsis de
nganku, bersama-sama sahabat lain. Berita amat menyayukan perasaan ini....khabarannya keadaan Ust M.Syam kritikal, berada di ICU dan dalam keadaan koma, di hospital Terengganu. Terkini yang kumaklumi, seorang sahabat kepada sahabat deejay Salam.fm ku, menziarahi beliau, walaupun tidak mengenali, sekadar kebetulan menetap di Terengganu. Menurutnya, harapan utk Ust M.Syam tipis, pendarahan dalaman yang agak teruk, setelah dibedah tengkorak kepalanya, masih berlaku pendarahan dalamannya...Ya Allah.....permudahkanlah buat insan ini, dia seorang yang baik Ya Allah...ampunilah dosa-dosanya, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya, Ya Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails