
Siang 30 November, sebagai saksi kepada semua anak didikku yang mengambil subjek Biologi - merealisasikan segala impian dan harapan di medan perjuangan - sebuah medan yang bergelar "peperiksaan"....

Usai satu demi satu kertas mulai dari Biologi 1, diikuti dengan Biologi 2 dan akhirnya Biologi 3....hampir seharian aku bersama mereka...namun kali ini, suatu "penghijrahan" kulakukan, dengan berniatkan biarlah nanti, kejayaan yang bakal mereka garap itu - hasil usaha dan kebersungguhan mereka sendiri...biar Allah yang lebih mengetahui... Ada saja cerita manusia yang melintasi minda dan membuatku terus merenung...dan mencari jawapan; apakah kesinambungan cerita itu dalam hakikat kehidupan seseorang.... Agak terkilan bila melihatkan sikap "tidak peduli" dan "tidak ambil peduli" mereka yang kini bergelar bekas muridku... Ingatan dan pesanan terus diberi dan dilaungkan, namun yang alpa terus lupa... Yang leka terus khayal... Yang tak ambil peduli, mungkin kini berkata..."apa aku kesah..."
"Bekas kotak air minuman tu - buangkan ke dalam bakul sampah."
"Suis kipas nanti jangan lupa off kan."
"Jangan lupa apa yang cikgu cakap tadi.... Apa yang kamu tinggalkan itu(contoh : sampah atau suis terpasang) entah-entah mungkin 2% atau 3% markah yang akan menyumbang gred A untuk kamu semua nanti...."
Setelah selesai membuat persiapan terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan, dewan persediaan(dulu) yang dijadikan tempat ulangkaji itu ditinggal 'sendirian', bertemankan bunyi kipas angin yang masih ligat berputar....dan tidak ketinggalan juga beberapa kotak air minuman yang dibiarkan di bawah meja serta bekas polisterin yang mengisi 'burger'...sebagai bekalan minuman untuk hari ini.
(....getus hatiku...)...setakat 2%.... -apakah mungkin perlu aku sebutkan peratus yang lebih tinggi...? Agar mereka lebih terpanggil untuk akur akan ingatan dan teguran yang diberi sebentar tadi? Mungkin sebut 20% atau 30%....?
- salah mungkin cara aku mengingatkan tadi.... maka mereka tidak peka/sensitif dengan apa yang dipesan...

Agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan itu.... Maka, si pekerja yang mengemas dan membuang sampahlah sebagai insan yang setia membersihkan keadaan kebersihan dewan agar sentiasa terkawal... Kadang-kadang rasa malu dengan kak Som(atau kekadang kak Yah) yang seringkali perlu 'melangsaikan' perbuatan anak-anak muridku ini...
"Mintak maaf lah kak, budak-budak ni, kita dah cakap pun - kadang-kadang mereka buat tak tau aje..."tanpa segan aku memohon maaf bagi pihak mereka, anak-anak didik yang sering kuingatkan tentang erti nilai dan kesopanan selain daripada ilmu yang menjadi asas bidang kedoktoran agar mereka dapat menjawat jawatan itu nanti, bukan setakat menjadi seorang tabib yang hebat; doktor pakar yang mampu mempunyai klinik dan hospital sendiri....tetapi harapanku agar mereka kan menjadi seorang DOKTOR MUSLIMAH yang boleh dicontohi semua.........

.....sedih sekeping hati ini, dirawat dengan sikap jujur seorang muridku yang memulangkan buku yang kupinjamkan kepada beliau, N**** ****** beberapa bulan yang lalu. Masih kuingat, semasa memberikan kepada beberapa orang yang sempat kupinjamkan buku/nota, sempat kupesan, "nanti, hari periksa selesai, awk pulangkanlah semula...". Dalam ramai-ramai itu, Allah pilih dia untuk membuktikan bahawa masih ada lagi yang mengingati dan menuruti pesan seorang insan yang bergelar guru.... Hatiku lega melihatkan sikap bekas muridku itu... Walaupun tadi, agak terkilan dengan sikap-sikap dari mereka yang lain, tapi cukuplah satu ini menjadi penawar...
Seperti mana yang sering inspirator di radio IKIM.fm(Prof Dr Muhaya) memesan kepada pendengar.... :
"Selalulah mengingati yang baik/positif/bersangka baik(husnuszon) walaupun perkara tentangnya hanya satu, daripada sentiasa mengingati perkara yang berkaitan tentang keburukan/negatif/suuszon..."

Suka untuk kumengajukan kepada yang membaca, apakah telah selesai segala keringat dan kesusahan sebagai seorang pelajar setelah selesai berhempas pulas dalam dewan peperiksaan....??? Bagaimana nasib kertas-kertas soalan yang telah dijawab itu? Apakah telah pasti ianya akan dapat menjamin gred yang baik, tanpa perlu kita menghiraukan sikap, tingkah laku dan akhlak sebagai seorang yang bergelar Muslim dan sebagai seorang yang telah dididik di sebuah kampus yang menerapkan segala macam nilai dan erti kehidupan itu....itulah kampus persekolahan...... Tidakkah perlu kita terus bersikap baik, mulia dan menjadi mereka yang boleh dibanggakan sebagai seorang pengamal budi pekerti mulia..... Wallahua'lam....

No comments:
Post a Comment