TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Monday, February 27, 2012

Fasobrun jameel.....

Mungkin belum lagi rezeki kita di situ yang Allah nak beri... Mungkin adalah kekurangan di mana-mana yang mungkin kita perasan atau pun tidak....sebab Dialah yang Maha Mengetahui....

Sekali lagi Allah sajikan sebegitu indah susunan kisah - hanya dalam tempoh sehari, perasaan dan hati ini bagai bermain kata dengan pelbagai andaian di antara secebis iman yang mungkin tersembunyi di sudut hati dengan sang nafsu yang sering bersarang dan menjadikan si iman tertewas...biarpun dalam keadaan sedar....

Kadang-kadang, fikiran jahat ini berkata...agaknya sebab diri aku ini jenis yang tak berapa kisah, tak mudah nak ambil hati dengan sikap dan perbuatan orang lain, maka sebab itulah orang lain boleh buat begini? Disuruh ke sana ke sini, buat itu buat ini, begitu dan begini....


Aku tak lupa, pengalaman setahun yang lalu, bila ketegasan aku gunakan dalam berurusan, diri ini seumpama terpalit sedikit kekesalan selepas itu.... Sebenarnya, jika diturutkan nafsu amarah kita ini, buruk padahnya...lebih baik sahaja kita mendiamkan diri atas apa sahaja yang terjadi atau apa sahaja yang kita dengari. Namun sebenarnya, konsep Amar Ma'aruf Nahi Munkar - kita perlu bertindak jauh lebih ke hadapan.... Tidak memadai hanya dengan setakat membenci di dalam hati.... Astaghfirullah....Astaghfirullah....Astaghfirullah.....


Tak mengapa......duhai hati, yakinilah - Allah masih menyayangi dirimu.... Dia memberi peluang dan harapan baru untukmu memperbaiki usia tua mu, usah digagahi dengan bertemankan Amarah semata.... Bukankah faktor kesihatan telah diberi sedikit peringatan....apakah telah kau lupa....? Renunglah dalam-dalam, pelbagai sudah kisah dan teladan yang dihidangkan untukmu belajar meniti makna sebuah kesabaran yang memang amat sukar untuk kau kuasai dalam sebuah kerajaan diri.... Sepanjang usia akhir remajamu, bi'ah sekelilingmu secara tidak langsung mengajarmu menjadikan Amarah itu sebagai teman dalam perjuangan dan untuk memperjuangkan hak serta kebenaran.... Maka, epilog kisah silam dan lampau itu telah cukup untuk menjadikan ianya kenangan paling bermakna dalam sebuah universiti kehidupanmu....

Kini, telah sampai agaknya masa untuk kau terus palingkan wajah seusia mu itu kepada sebuah nilai kesabaran yang dititip bersama dalam baki kehidupan ini....semoga nanti, kan kau temui jua sebuah destinasi cinta yang abadi selamanya, berbekalkan segenggam tabah, untuk kesekian kalinya meniti damai yang telah hilang..........



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails