Tersentak sejenak tadi, pabila baris demi baris menatapi betapa 'keletah'nya perbualan semuda usia 14 tahun anak-anak didikku bermain kata. Mungkin pada kalian itu hanya jenaka dan untuk suka-suka semata. Tapi mungkin kalian terlupa terdapat dua insan utama dalam hidup kalian yang anda "permainkan"...iaitulah ibu sendiri dan bonda Pengetua, yang boleh dirangkap sebagai ibu tatkala kita berada di sekolah.
Mengapa harus ia terjadi sekali lagi, pada kalian.....mereka yang pernah cikgu didik....? Seringkali cikgu ingatkan dan perjelaskan, diselitkan sepanjang sesi P&P, dan watak nakal itu sebenarnya telah pun terserlah sejak dari awal lagi... Cikgu perasan, cuma hanya berdoa semoga kalian diberikan hidayah agar tidak terus-terusan 'seronok' dalam kealpaan.
Kita umat akhir zaman....mudah terlupa dan terleka walaupun hanya dengan sedikit permainan dunia ini.... Usahlah terlalu mudah diperdaya dengan segala yang mungkin menjatuhkan maruah kita sendiri sebagai umat Islam...kerana di situ kita mungkin terlupa akan janji kita dalam kalimah syahadah yang sering kita lafazkan setiap kali dalam solat kita.... :JANJI KITA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH INI,
UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN
DAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN
UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN
DAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN
No comments:
Post a Comment