TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Friday, April 27, 2012

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Situasi 1



Keinginan menjadi seorang dermawan(bersifat mulia - bersedekah). Seorang kanak-kanak yang mempunyai sifat ini amatlah terpuji. Namun seandainya tiada kemampuan, maka memadailah sekadar nilai yang ada sahaja untuk bersedekah. Walaupun begitu, kekadang nafsu dan keinginan menunjuk kepada kawan atau orang sekeliling, menyebabkan mungkin si kanak-kanak ini tadi boleh sampai ke tahap mencuri / mengambil hak orang lain(contoh : mengambil wang kawan yang lain) demi melakukan suatu perkara kebaikan baginya(iaitu bersedekah tadi). Mungkin sikap si kanak-kanak itu tadi, perlu dibetulkan, walaupun BERSEDEKAH itu sifat yang mulia tetapi, MENCURI itu adalah berdosa dan HARAM hukumnya. Maka, perbuatan mencuri itu tidak akan jadi halal demi suatu perbuatan baik, iaitu bersedekah.

Situasi 2



Menyampaikan dakwah pelbagai cara dan kaedah. Metodologi dakwah ini, secara paling mudah - lihat sahaja akhlak Rasulullah. Namun, mungkin ramai antara kita yang tersilap faham cara bagaimana untuk melunaskan tuntutan Sunnah Rasulullah s.a.w itu. Sebagai contoh; mesej-mesej dakwah melalui lirik-lirik lagu dakwah masa kini dengan arus nasyid kontemporari semakin diminati dan boleh dijadikan daya tarikan atau alternatif kepada mereka yang ingin mula menjinakkan diri kepada suatu hijrah dalam diri. Namun, seandainya bagi kaum wanita, rasanya ia adalah suatu yang perlu difikirkan semula akan hukum sebenarnya, sama ada boleh atau pun sememangnya tidak boleh.... Penerangan yang jelas boleh diperolehi dari tulisan ini  klik sini atau pun penerangan lebih terperinci di sini : klik Amat malanglah sekiranya ada di kalangan kita menjadikan AURAT yang sudah jelas HARAM didengari oleh merek ayang tidak muhrim kepada kita sebagai medan DAKWAH. Apatah lagi jika seandainya, tujuan dakwah itu dikemudiankan daripada tujuan-tujuan lain seperti tujuan dipertandingkan atau pun dipersembahkan. Wanau'zubillah....

Banyak lagi situasi lain yang boleh dibicarakan. Akal fimiran nan waras dikurniakan Tuhan seharusnya digunakan untuk merenung peluang demi peluang yang diberi Nya untuk kita semua memperbaiki diri bukan saling menyalahi sesama sendiri. Sesungguhnya, setiap yang kita rancang itu biarlah di atas landasan Islam....dan jika sekiranya ada di antara perancangan yang kita lakukan itu bercampur aduk antara yang benar dan yang bathil; antara yang boleh dan tidak boleh; antara yang harus dan juga yang haram - maka nantikanlah sahaja balasan dan percaturan Allah yang mengatasi segalanya... Wallahua'lam...


 
Lagi tulisan / artikel tentang Matlamat Tidak Menghalalkan Cara :

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails