TEACHER HAS . . . ?
Thursday, December 16, 2010
Sunday, December 5, 2010
Mu'min:Jaga masa& tersusun urusannya
Hari-hari yang dilalui pastinya penuh makna dan seribu satu kenangan. Ada juga hari yang dilalui itu mampu membawa derita dan bahagia.
Apa kata hari-hari yang kita lalui hanya untuk ALLAH, rasanya bagaimana?
Pasti indah dan penuh ketenangan bukan?=). Dalam hidup yang bergelar mu'min itu, adanya UJIAN, REDHA, SABAR, TAWAKKAL dan banyak lagi kalimat-kalimat pengukuh keimanan.
Realiti hidupku
Sebagai pelajar , hari-hari yang dilalui sangatlah terhad masanya. Masa untuk bermacam-macam tuntutan, assigment, presentation, persatuan, keperluan rohani diri dan macam-macam lagi.Kadang-kadang rasa 24 jam itu tidak cukup. Tapi seorang mu'min itu perlu untuk menguruskan masanya dengan cara yang paling terbaik. Antara sifat peribadi muslim juga ialah SANGAT MENJAGA MASA.
Jadi disitu perlulah diuruskan masa itu dengan sebaikniya ya agar TERSUSUN URUSAN kita.Namun perlu berwaspada, pohooooonlah dari ALLAH agar dalam kesibukan yang ada, biarlah hati kita sentiasa ingatiNYA, pohon jauh, na'uzubillah dari melalui hidup tanpa zikr padaNYA, sungguh tak mampu!
Menunggu hari esok
4 hb& 5hb
Moga ALLAH mudahkan segalanya.
*Perkongsian Blog dari : http://robitatulqulub.blogspot.com/
>>>semoga dapat anak-anak didikku mengambil manfaat dari bait-bait katanya....
Wednesday, December 1, 2010
SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!?? Berhati-hatilah....
Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.
Monday, November 29, 2010
Murid Zaman Sekarang, sampai sanggup Tendang Guru(klik sini)
Thursday, November 25, 2010
Siapakah...?

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Siapakah orang yang kaya?
Siapakah orang yang miskin?Siapakah orang yang rugi?
Siapakah orang yang paling cantik?Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Terkilan atau biarkan...?
Namun, ada sedikit yang mungkin boleh dikongsi bersama. Dari aspek pengurusan masa bagi seorang pelajar... Agak mendalam fikiranku terusik, tertanya-tanya dalam lubuk hati ini, bagaimana tergamak mereka mengabaikan masa yang diperuntukkan bagi mereka untuk memberi tumpuan di saat-saat akhir peperiksaan yang penting dengan urusan blog dan facebook masing-masing...di mana pengawalan ibubapa di kala mereka di bawah pengawasan mereka di rumah masing-masing? Agak terkilan dengan sikap anak didik sekolah cemerlang ini, bagi segelintir yang tidak dapat menguruskan soal itu dengan sebaik-baiknya. Sudah pasti, setiap hujung minggu yang ada gap(dan boleh balik kampung), soal ini akan menjadi godaan utama; pertarungan di antara semangat juang masing-masing yang baru di garisan permulaan dengan tuntutan untuk 'mengemaskini' blog apatah lagi sekadar bertanya khabar di facebook.
Inilah agaknya, jarum halus YAHUDI dan mereka yang memusuhi Islam dan umat Islam yang mudah leka dan lalai. Kecanggihan teknologi, tidak salah kita kuasai, namun janganlah sampai menjejaskan tanggungjawab utama kita; samada sebagai pelajar, anak, isteri, pekerja dan yang paling utama sebagai hamba ALlah yang sudah termaktub dalam Al-Quran, kita sebagai Khalifah di muka bumi ini, seperti mana dalam mafhum firman ALlah swt, Surah Al-Baqarah : 30.
Artinya:Dan(ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat."Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?"Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(Q.S. al-Baqarah (2):30)
Semoga apa yang dicatat ini kan memberi peringatan buat sesiapa yang membaca, usah disalah ertikan lagi. Sebagai peringatan buat semua, termasuklah diri ini sendiri. Ingat-ingatlah selalu, supaya kemajuan bukannya untuk melalaikan kita, umat Islam akhir zaman ini, insya Allah dan Alhamdulillah.....
Monday, November 22, 2010
Good Luck, ALL THE BEST!

Tiada yang lebih termampu untuk dinukilkan di sini
Hanya sekalung doa pengiring kejayaan
Buat semua calon SPM 2010 terutamanya anak-anak didikku
Hadapilah hari esok dengan hati dan semangat kental
Yang telah sama-sama kalian bajai dengan
Usaha
Keyakinan
Keazaman
Ketekunan
Agar segala yang diimpikan
Bakal menjadi kenyataan dan hakikat yang nyata
Semoga Allah memberikan kemudahan untuk semua
Banyakkan berdoa agar tenang dan tidak 'nervous'
Doa agar Allah pandukan jawapan yang benar(tidak tersasar)
Bukakan minda dengan jawapan sebenar
Bisikkan juga doa agar
Skrip jawapan setiap subjek itu nanti
Selamat sampai ke destinasi pemeriksa
Yang akan disemak dengan penuh ketenangan
Tidak tersilap semasa penandaan
Mahupun semasa pengiraan
Man Jadda Wa Jada!
Doa Masuk Dewan PeperiksaanSaturday, November 20, 2010
Selamat Bercuti : Happy Holidays!
- Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
- Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
- Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
- Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
- Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
- Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
- Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
- Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan

Justeru itu, dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit maanfaat kepada ibubapa dan pelajar bagi memenuhi masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah.
(= SELAMAT BERCUTI =)
> Untuk anak didikku, bolehlah dibawak berbincang dengan ibubapa, keluarga untuk sama-sama manfaatkan waktu cuti ini. Rancanglah awal, sebab sekejap sahaja nanti,
tau-tau je, sekolah sesi 2011 dah nak tiba.....
Monday, November 15, 2010
Puasa Hari 'Arafah....
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Lautan manusia....
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]
*SEMOGA SAHABAT HANDAI DAN KELUARGA
YANG MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI
AKAN DIKURNIAKAN
HAJI YANG MABRUR,
INSYA ALLAH.....











