TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Thursday, March 17, 2011

Guru adalah.....

*Pastikan objektif tercapai

“Guru adalah ejen sosialisasi
yang berpengaruh
dalam menyemai
semangat kekitaan,
kerjasama
dan

cintakan negara
di kalangan anak didik mereka”
-Tan Sri Muhiyuddin Yassin-


*Don't be like this teacher!

Guru adalah pelukis rohani,
kau jua permata tanpa tanda harga,
Guru jua adalah agen perubahan massa....

Guru jua hadir sebagai
sahabat karib untuk
semua muridnya;
samaa ada yang
menggembirakan
ataupun
yang melukakan....

Renung-renungkanlah
duhai anak-anak didikku
yang dikasihi Lillah....

***Tazkirah musim cuti***




Monday, March 14, 2011

Buntu juga.....ujian lagikah ini....?

Adakala ujian itu datang bagai angin yang menderu. Lepas satu, satu lagi.... Ada sahabat berkata ujian itu sebagai tanda kasih sayang Allah. Kasih sayang Allah itu pula tidak semestinya dalam bentuk nikmat(kesenangan) yang diterima. Ini bermakna mungkin ujian itu amat pahit untuk ditelan atau dihadapi, tapi itulah dia tanda kasih sayangNya...


Persoalan pasti datang.....bagaimana kita mengharungi segala bentuk ujian itu dengan sebaik-baiknya... Mereka di sekeliling boleh memberi pelbagai bentuk tamsilan dan tafsiran untuk kita yang menghadapi ujian itu, namun bagaimana kita melaluinya, hanyalah Allah yang Maha Mengetahui....

Ya Rabb....begitu sekali belaian kasih sayangMu...
Ya Kareem.....perkukuhkanlah pegangan kami pada iradatMu....
Ya Jabbar.....terus bersama kami dalam menyelusuri mehnahMu ini....

Sering kita ketahui, doa dibisikkan....

"Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagi yang haq dan yang batil itu sebagai yang batil"

Amat besar lah kesalahannya dan balasan dosanya andai kita mengada-adakan cerita. Walau apapun agendanya. Terusik jua fokus seharian bagi mereka yang benar-benar bersama dengan cerita sebenarnya. Apakah ini juga suatu bentuk ujian dan kasih sayangMu, Ya Tuhan....? Sungguh tersentuh jiwa kami, sungguh terkesima perasaan kami..... Satu demi satu ujianMu buat kami... Terasa amat lemah kami diuji begini.....


Ya Allah, andai benar ini suatu yang bukan dinamakan sebagai fitnah, maka Kau tunjukkanlah ia sebagai suatu hakikat....biar menjadi pengajaran kepada semua.... Andainya pula ini suatu usaha untuk menjatuhkan kami, maka Kau berilah petunjukMu kepada yang menabur fitnah ini..... Damaikanlah jiwa-jiwa kami yang diuji ini, agar teguh pendirian kami. Kami pasti, Kau kan tetap bersama mereka yang benar dan menyatakan kebenaran.... Kaulah yang Maha Mengetahui segalanya......



Thursday, February 17, 2011

Ahmed Bukhatir : LAST BREATH

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say, Who knows?
Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now,
Do NOT delay!


Come on my brothers,
Let us pray
Decide which now,
Do NOT delay!


Oh God!
Oh God!
I cannot see!


My eyes are Blind!
Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before The line grew short,
and came my Turn!


And now, as beneath the sod They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home,
I face my God!


Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now,
Do NOT delay !


Come on my brothers let's pray
Decide which now,
Do not delay ....

Monday, February 14, 2011

Rasul Junjungan yang dirindui......

Selawat dan Salam disampaikan buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Beserta kasih dan sayang yang tiada setanding dengan kasih sayangnya kepada Ummat akhir zaman.

Ya Rasulullah, Berbahagialah

Berbahagialah dan tenanglah jasadmu
Selepas berpuluh-puluh tahun berdakwah
Dan menanggung penat serta keletihan demi kesejahteraan ummatmu

Dan pasti berbahagialah Engkau ya Rasulullah
Yang pernah mengikat perut dengan batu
Menahan lapar demi kesejahteraan ummatmu

Berbahagialah engkau, Rasulullah yang pernah dipatahkan gerahamnya
Dan dilemparkan batu padamu demi kesejahteraan ummatmu

Serta pasti berbahagialah jasadmu di sana
Yang pernah merasa sakit
Kerna dimasukkan sesuatu ke dalam pipinya kerana ummatmu

Dan pasti berbahagialah engkau Ya Habibillah
Yang pernah terluka dahinya
Lalu engkau menahan darah suci yang keluar itu
Untuk tidak jatuh ke atas tanah
Demi untuk rahmat dan bukan kemurkaan kepada ummatmu

Kerana apabila darah itu jatuh sebagai kemurkaan
Maka binasalah ummatnya pada masa itu juga

Sebaliknya, sebuah senyuman telah engkau sedekahkan

Dan sungguh berbahagialah engkau, seorang Kekasih
Yang bengkak kakinya akibat pengabdian diri
Beribadat dan bermunajat
Di sepertiga malam
Menghadap Tuan Punya Dunia untuk kesejahteraan ummatmu

Wahai Rasulullah, baiknya engkau kepada ummatmu!

Tenanglah jasadmu di sisi Kekasihmu
Yang menanggung kesusahan,
Kepayahan, kesakitan
Kedinginan, keperitan dan kelaparan
Demi ummatmu di akhir zaman

Kami tahu, sekian lama engkau meninggalkan kami
Engkau masih hidup dan masih hidup di sisi Kekasihmu

Maka, saksikanlah penyaksian kami Ya Habiballah!

Thursday, February 3, 2011

Antara berdiri, berjalan dan berlari...

Daripada berbaring lebih baik berdiri...


daripada berdiri lebih baik berjalan...


daripada berjalan lebih baik berlari...


Walaupun mungkin berubah haluan tuju kita nanti,
mungkin di situ ada suatu yang lebih bererti,
lagi bermakna.....

Mungkin juga dengan hijrah ini,
mereka di luar sana kan terus berkata...
memberi komentar-komentar ilmiah mereka.

Ambil saja yang positif,
abaikan yang merosakkan sang jiwa.

Apa pun usaha kita di dunia fana' ini...
Perlu segumpal keazaman,
hendaklah selalu husnuzon...
dalam langkah dan bicara

Andai tersadung kata nista atau cerca,
Ingat selalu.....

BUKANKAH ALLAH ITU ADA......

*Muhasabah bersama....

Tuesday, February 1, 2011

Monday, January 24, 2011

Biarlah, moga Allah bersama yang benar.....

Setelah hampir minggu keempat, sesi 2011 ini, mengapa rasa itu akan datang setiap kali Isnin menjelma....? Apakah tiada lagi ruang dan peluang untuk diri sesiapa sahaja yang bergelar insan di dunia fana' ini untuk menghadapi hari esok dengan hati yang lebih ceria dan yakin bahawa di situ pasti ada janji Allah yang lebih berharga lagi bermakna....?

Kegusaran itu dititip dek setiap episod luka antara diri insan hina ini dengan mereka semua;tak kiralah samada dengan aset utama sebagai pendidik atau mungkin jua sesama teman sejawatan...persoalannya, mengapa rasa itu harus hadir lagi? Mengapa sehingga hadir dalam mimpi di ketika lenaku? Begitu terkesan setiap yang berlalu itu di hati ini...


Duhai anak didikku yang dikasihi Lillah,
Ingatlah bahawa teguran ingatan serta amaranku bukan kerana jawatan...tetapi kerana ianya suatu tuntutan dan hukum Tuhan. Mana mungkin lidah ini akan jadi kelu jika ia benar-benar menyalahi syariat dan terhidang di hadapan mataku. Buat A***** M***, ingatlah apa yang telah kuingatkan. Usah biarkan kemurkaan Tuhan mengatasi keperluan kita untuk berjaya cemerlang nanti. Begitu juga S*** S*******, cukuplah apa yang telah ditakdirkan itu sebagai peringatan yang penuh bererti buat kita mengharungi hidup yang lebih mencabar ini.


Maaf untukmu teman, andai masih ada sekelumit ketidakpuashatian lagi. Sememangnya, hati manusia itu tidak pernah puas. Ada-ada sahaja yang akan dibisikkan si syaitan durjana untuk dijadikan bahan dan modal sengketa mahupun su'uszon sesama kita. Munajatlah kita bersama-sama agar air nan keruh kembali jernih; biar kocak nya ia kembali tenang...demi anak-anak didik bersama yang masih memerlukan kejelasan dalam memilih haluan, kerana kitalah yang bakal dijadikan tempat rujukan, maka semoga kita menyediakan jawapan yang terbaik untuk semua.....

Ya Allah, pimpinlah kami semua menuruti jalanMu yang lurus....
Jauhkanlah kami dari sifat terburu-buru,
agar tidak terpandu mengikut si syaitan durjana..
Amin Ya arbbal Alamin....

Awal tahun 2011 yang lalu, satu berita tentang lambang salib pada baju kurung anak kepada Encik Zainuddin Majid, 47 dari KAMPUNG ULU KRONG sedikit sebanyak telah sekali lagi menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini. Isteri kepada Zainuddin Majid, Puan Kathmah Awang, 45 berasa terkejut apabila melihat baju sekolah anak perempuannya ada lambang salib di bahagian depan dan belakang ketika menggosoknya.

Pihak syarikat yang mengeluarkan pakaian sekolah ini haruslah bertanggungjawab dan perkara seumpama ini tidak seharusnya berulang di negara Malaysia, negara Islam ini.

Namun, setakat mana pihak yang bertanggungjawab telah dapat memainkan peranan mereka....maka kita sebagai pengguna, hendaklah lebih peka agar tidak diperalat oleh propaganda Yahudi dan Kristian untuk menjatuhkan umat Islam yang kian leka dan lalai...

Wallahua'lam.

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Related Posts with Thumbnails