TEACHER HAS . . . ?
Tuesday, August 9, 2011
Pemimpin itu.....
supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,
maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,
yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.
(Muhammad Abduh).
‘Kalau boleh,
pemimpin kita biarlah jika karam di laut jadi pelampung,
panas di darat jadi penaung,
basah di hilir jadi penudung,
patah di hulu jadi penyambung’.
( PUJANGGA )
- TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT -
Saturday, August 6, 2011
Abdullah DeLancey Hampir-Hampir Menjadi Paderi

Kerana mempunyai sifat terlalu ingin mendalami ilmu agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian untuk menjadi seorang paderi terbantut dan tidak kesampaian.
just must have faith. That is blind faith."
Thursday, July 28, 2011
Melangkah longlai kaki ini...

Lemah longlai kaki kulangkah…. Bagai tak terasa bumi ini kupijak…. Allah kalau nak uji hamba-hambaNya – pelbagai cara diberi…
Sekembali tadi dari menjenguk murid yang menerima kemalangan beberapa hari lalu, membuatku insaf akan nikmat kehidupan dan kesihatan yang Dia kurniakan kepada kita semua. Secara sedar mahu pun tidak, nikmat-nikmat itu semakin berkurangan sedikit demi sedikit hari ke hari, tahun ke tahun.
Imbas.....
Dalam seramai-ramai yang ada, dia yang Allah pilih. Pelbagai tafsiran.... Apa pun tafsirannya, mereka – manusia berhak berkata-kata. Allah pilih yang bersifat sepertinya untuk diuji sebegitu caranya. Mungkin kalau diuji kepada kita dengan ujian seumpama itu, entahkan tabah atau tidak seperti mereka berdua tadi... Si ibu yang tampak cekal hatinya, si anak yang terus meriakkan wajah taatnya seorang anak.... Allahu Akbar.......
Tuhan, tabahkanlah hati ibunya menghadapi ujian ini, satu-satunya zuriat yang dia ada; diuji dengan mengambil sedikit nikmat kesihatan yang ada.... Sempat ku mengusik jiwa si ibu, dengan mengatakan kepadanya, "kenalah jaga dia, macam jaga masa kecilnya..." Dengan selamba, ibunya menjawab; "entah-entah ini lagi susah....", tapi penuh selamba dan sabar, teguh hati seorang ibu.... Sembuhkanlah muridku ini...dia murid yang baik, anak yang baik...semoga dengan ujian Mu ini, semakin bertambahlah ketaqwaan semua, samada yang secara langsung atau pun secara tidak langsung...
Renungan....
Jika kita fikir, kita dalam susah, ada di sana yang lebih susah....
Jika kita fikir kita sakit, nah di situ lebih ramai yang sakit....
Jika kita rasa kita banyak masalah, mereka yang lain itu lebih banyak masalahnya.....
Insaf......
Syukur padaMu Ya Allah, dapat jua kuluangkan sedikit masa tadi untuk membuat suatu sunnah yang mungkin ada di antara kita kurang amal dan kurang senang untuk melakukannya...menziarah yang sedang dalam sakit... Teringat-ingat akan diriku kepada murid-murid terdahulu yang senasib dengan mereka; Nadzirah, Izzati Husna, Ummira dan mungkin lain-lain yang telah aku terlupa.... Syukur sebab mungkin dengan anugerah tempat mastautinku ini, memudahkan ku untuk berurusan sebegitu cara.... Alhamdulillah...
Monday, July 25, 2011
"Accidently".....
Selagi bernama guru, itulah sifat mulia yang perlu ada...membina pada yang jatuh. Menyokong biar sampai padu. Melengkapi akan kekurangan yang ada. Walaupun mungkin di sisi manusia lain, sikap ini tidak disenangi(berdasarkan pengalaman yang sudah-sudah). Demi mereka yang masih perlu akan sebuah bimbingan dan panduan, biarlah diri ini kuhambakan demi janji yang pernah dahulu kusetiakan bersama sahabat-sahabat seperjuangan, semoga inilah sahaja yang dapat kupersembahkan nanti, sebagai sekelumit hidangan dari hamba Mu yang berdosa buat Al Khaliq yang dirindui.....Dalam tazkirah dari radio IKIM.fm semasa memandu pulang dari sekolah tadi, oleh Ustaz Pahrol, ada dikatakan kebanyakan orang tahu Allah melihat, tapi tak ramai yang rasa Allah melihat..... Sesuai benarlah dengan apa yang menimpa A***** yang kutegur petang tadi. Namun, kupuji akan kejujurannya, berkata benar, biarpun memang itu suatu yang salah. mungkin hasil didikan ibubapanya, dia telus dalam berbicara...(orang biasa sebut 'lurus bendul'). Tapi, bagiku, sifatnya itu jugalah yang menyelamatkan beliau dari terus dalam kesilapan dan kealpaan.... Dan dari situ jugalah sebenarnya terpancar cahaya kasih dan sayang Allah, Rabbul Izzati buatnya...
Dalam banyak hal dan situasi, itulah kekunci kata umpama kata keramat yang sering kuperkatakan buat anak-anak didikku yang kukasihi... "Allah amat menyayangi kamu, dengan sebab itulah Allah takdirkan awak cikgu temui buat perkara itu dan ini." Harapanku agar jauh di sudut qalbu mereka, akan terselit jua sedikit rasa kasih sayang Allah buat mereka dan bukannya sebagai hukuman atas kejahilan mereka....
Apa yang kulakukan itu, tiada apa ganjaran yang kuharapkan, semata-mata sebagai menjalankan tanggungjawab sesama Muslim. Mungkin tiada apa kebaikan lain yang mampu kubuat, hanya inilah sahaja. Buat anak-anak didikku yang terbaca bait-bait ini, insaflah....berkadaranlah kita melakukan kesilapan di bumi pinjaman Allah ini... Jangan esok, sehingga segala nikmat yang dipinjamkan kepada kita, ditarik segalanya oleh Allah....wa nau'zubillah....Tazkirah tadi diakhiri oleh Ustaz Pahrol dengan kata-kata ini :
"Mendidik di waktu kecil, umpama mengukir di atas batu;
Mendidik di ketika besarnya, umpama mengukir di atas air"
Semoga segala yang kuhadapi sehari demi sehari ini akan dapat meningkatkan titik-titik kesabaran dalam hati ini.... Duhai hati, ingatlah bahawa apa yang kau lakukan ini, bukanlah demi jawatan tetapi adalah demi amanah sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, apatah lagi di akhir zaman ini, sudah pasti pelbagai bentuk dan cara ujian Allah kirimkan, tabahlah duhai hati...
Saturday, July 23, 2011
Hakikat Kehidupan.....
Ianya sebuah perjuangan
Ianya sebuah pertarungan
Akan suatu yang bernama KEBENARAN
Malah, kekadang itu timbul suatu perdebatan
Sehinggakan ada yang menjadi suatu pertelingkahan
Sekian lamanya......
Sampai bila?
Umur sudah semakin banyak...
Dosa bertimbun tak terkata
Pahala yang ada sekelumit berkala
Mengapa masih ada yang terus bangga dengan dunia fana'?
Mengejar ia tiada hentinya
Menurut apa yg dikata dek Saidina Ali karamallahu wajhah
"Bekerjalah kamu sungguh2, umpama kau akan hidup seribu tahun lagi"
Tapi terlupakah akan sambungan ingatan itu :
"Dan beribadatlah kamu bersungguh2, umpama kau akan mati esoknya"
Kita yang tak upaya hanya menurut,
Namun ada batas kesabarannya
Datang ketikanya, yang dahulu akan didahulukan
Yang haq tetap kena ditegakkan
Biarpun terlerai sebuah perhubungan
Namun apa yang benar akan tetap benar
Dan yang salah kekal salahnya
Semoga ALlah terus kekal bertakhta di lubuk hati ini
Insya Allah.....
....nukilan hati ini....
Sunday, June 19, 2011
Sebuah kelahiran, kehidupan ini dan kematian yang pasti
Kehidupan umpama satu pelayaran. Pelayaran di lautan luas nan bergelora. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Andai kukuh layar yang dipasang, terus berlayarlah sebuah kehidupan itu...tapi, andai tergugat sang layar dek taufan dan angin nan bertiup kencang, kemungkinan akan punah lah kehidupan itu.. Bersabarlah duhai insan dalam segalanya.....bersabar atas segala macam bentuk ujian yang mendatang....
Bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera itu akan terumbang-ambing lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Iman dalam hati, iman yang tak mungkin diwarisi... Kita tidak akan gusar betapa pun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya. Biarpun sebesar mana ujian itu..kemudi yang yang ampuh akan mudah mengatasi walau apa pun bentuk gelombang mendatang.
* Berita sedih & gembira silih berganti...
- Baru sejenak aku tersenyum turut gembira pabila terbaca khabar gembira, berita kelahiran yang begitu bermakna buat anak didikku yang dari 'batch' pertama hasil didikanku. Masih terus berkirim khabar, kelahiran bayi sulongnya tepat pada hari ulangtahun perkahwinannya, alhamdulillah...
- Tersentak sejurus itu pabila mesej kuterima dari telefon bimbitku, dalam keadaan aku tergesa-gesa untuk ke sekolah...amat mengejutkan, umpama berulang kembali nostalgia sedih setahun yang lalu, yang menimpa salah seorang sahabat baikku, pemergian suami tercintanya, setelah seminggu koma akibat kemalangan ngeri yang menimpanya...
-Seolah-olah berulang semula kesedihan itu...mesej sejenak tadi mengkhabarkan akan kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangan di kampus, Ustaz Mat Syam, merangkap mas'ul IPU, menginap di Kamsis Rahim Kajai, sekamsis denganku, bersama-sama sahabat lain. Berita amat menyayukan perasaan ini....khabarannya keadaan Ust M.Syam kritikal, berada di ICU dan dalam keadaan koma, di hospital Terengganu. Terkini yang kumaklumi, seorang sahabat kepada sahabat deejay Salam.fm ku, menziarahi beliau, walaupun tidak mengenali, sekadar kebetulan menetap di Terengganu. Menurutnya, harapan utk Ust M.Syam tipis, pendarahan dalaman yang agak teruk, setelah dibedah tengkorak kepalanya, masih berlaku pendarahan dalamannya...
Ya Allah.....permudahkanlah buat insan ini, dia seorang yang baik Ya Allah...ampunilah dosa-dosanya, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya, Ya AllahThursday, May 26, 2011
Detik di hati....
Namun, sikap bersabarlah yang terbaik dalam setiap permasalahan yang tiba. Sungguhpun begitu, adakalanya diri tercabar jua... Masakan tidak, andainya kebenaran yang sahih tidak dinyatakan, persoalan yang timbul tidak berjawapan.... Kebajikan mereka usah dilupai, tanggungjawab kita sebagai yang memegang amanah ini.... Bukannya mudah, tapi suatu usaha yang mulia, namun andai tidak dialun sebaiknya, nah...tunggulah persoalan dariNya di hari akhir nanti....

Atas sebab adanya hari akhir itulah, maka tidak putus-putus ingatan dan ingatan diberi...mungkin bosan! Itulah yang terselit di sanubari kalian... Allah jualah yang mengetahui segalanya....akan keikhlasan, ketulusan dan apa yang dikatakan kasih sayang kepada mereka yang berada di dalam tanggungjawab kita semua. Jika masing-masing melaksanakan tanggungjawab itu, saling tegur dan menerima, ikhlas dalam berusaha....kuranglah tekanan yang menimpa.... Andai masing-masing mampu berlapang dada bila diberi peringatan, itulah resepi kejayaan seperti mereka terdahulu yang telah menjulang nama di persada kegemilangan.... Ya Allah, kami sesungguhnya terlalu tinggi hajat dan keinginannya....tetapi adakalanya kami tidak sedar akan kesilapan yang kami sendiri sering lakukan... Ya Allah, kirimkanlah kami bantuan, andai peluang kedua itu masih terbuka untuk kami yang amat kerdil amalan ini...usah dibiarkan kami sendiri yang mengatur dan menentukan nasib diri kami sendiri....maka akan jadilah kami mereka yang malang dalam kehidupannya....
Marilah sama-sama kita bermuhasabah.......semua takdir Illahi yang kita terima ini, sebagai belaian indah kasih sejati dari Rabbul Izzati, untuk kita para hambaNya yang masih bersisa baki hayat kita di muka bumi ini. Andai tiada lagi esok untuk kita, maka kan ke manakah kita bawa nasib yang kini bagai diturut arah sang bayu nan bertiup... Cukup-cukuplah yang telah berlalu biarkan ia berlalu....semoga kisah semalam menjadi pengajaran dan pengalaman yang akan mendewasakan kita semua.... Harungilah duhai diri hari mendatang itu dengan segala kekuatan yang dapat kau garap kini, kerana tidak kita pasti apakah esok masih ada lagi unutk kita semua.....
Wallahua'lam...
Thursday, May 12, 2011
Looking forward.....

Kepayahan anak didiknya dijadikan rutin amal jariahnya. Didikan, bimbingan dan dorongan tak pernah lekang dari bibirnya; sungguhpun mereka seringkali juga mewarnai hidup kalian dengan teguran, amaran atau mungkin kekadang kemarahannya, mungkin dek kepenatan seharian. Hargailah mereka.....
Gurumu bagaikan lilin, pelita, lampu kalimantang atau apa saja yang menerangi... Haytilah lirik lagu nasyid kumpulan In Team; LILIN SEORANG GURU
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Mereka, guru-guru kita tetap terus ingat akan janji mereka, ikrar mereka, alunan yang mungkin hanya setahun hanya sekali dimelodikan.... Tetapi, merekalah guru kita semua.
Saturday, April 2, 2011
A good teacher is.....
A good teacher is someone who not only teaches, he shares his life experiences. A good teacher is not a scary and unapproachable person, he's always there waiting for u.
A good teacher never gives up on you no matter how hard it takes to teach you.
A good teacher goes that extra mile that no one else wants to go thru.
A good teacher places his students on the top of his priority lists.
A good teacher protects his students as thought they are like his own children.
A good teacher never grumbles nor complaints. A good teacher is a cheerleader. He motivates you.
A good teacher is an astronomer. He notices the minor changes in your performance and emotions.
A good teacher is a keen observer. He's able to pick up the minor details of a mistake and corrects it.
A good teacher is a forgiver. He forgives and forgets.
A good teacher is a joker. He cracks silly jokes and turn himself into a clown so that you can have a good laugh and lifts up your spirit.
A good teacher is a leader. He leads the whole class towards a great goal.
A good teacher has his doors ever open for you should you have need help.
A good teacher is like a parrot. He keeps on repeating and repeating and repeating and repeating till you understand.
A good teacher will be the happiest person you will ever come across when you perform your best and break thru that barrier of yours.
A good teacher will be the saddest person when you gave up while he's still fighting on.
A good teacher will cry with you and yet at the same time, laugh together with you.
A good teacher is someone you will remember for life.
A good teacher is more than a friend. He's a fatherly/ motherly figure.
A good teacher brings out your best potential in you.
A good teacher devotes all his time to you and keep on researching in his field.
A good teacher simplifies the most difficult things into things that seems so easy to you.
A good teacher has gone thru failures before, so he could tell you where the pitfalls are.
A good teacher is a role model because he knows, what he does or say, you will learn.
A good teacher is a good planner. He plans your route as far as he can possibly see.
A good teacher is a great story teller. He tells you the world's most fascinating, exciting and motivating stories you've never heard before and you wished he could just stayed on a little longer.
A good teacher is someone whom you'll missed. Not just his image, but his voice and his smile.
A good teacher is a copy of more great teachers! He's been taught by some of the world's best teachers. And last but not least,













