Sekali lagi secara 'accidently', terserempak dengan anak-anak didikku, pelajar-pelajar SMKASR.. Perkara yang sering kulalui, walaupun sebenarnya pada hakikatnya, amat tidak kugemari, jika terserempak dengan aksi-aksi yang tidak enak pandangan mata...
Ada 2 situasi yang amat berbeza tadi, dengan bagaimana kalau perkara yang sama aku lalui beberapa tahun lalu...(dengan pelajar-pelajar terdahulu)
Situasi 1 :
Si A langsung tak endah dengan gurunya, walaupun duduk semeja(meja kanak-kanak). Sehinggalah apabila anak kecilku menegurku, mengatakan ada buku sekolah (berdasarkan logo sekolah pada muka depan buku) pada kakak yang duduk di sebelahnya...
Tindakan : *guru sendiri menegur dan bertanya murid A, memandangkan pelajar di tingkatan 1.
Pelajar mengakui, alasan yang diberi : malu nak tegur cikgu.
moral : tegurlah guru anda sekiranya bersua, kerana di situ ada keberkatannya.....
---tamat situasi 1----
Situasi 2 :
Si B(bersama seorang lagi kawannya, C) hanya memerhati langkah kaki gurunya menuruni anak tangga perpustakaan. Selaku cikgu(yang mengajar salah seorang daripada mereka) hanya memerhati dan menjeling ke arah mereka... Si anak, sibuk bertanya..."ibu kenal ke kakak-kakak tu, bu?"... Dalam minda, terus teringat akan insiden-insiden kes-kes B dan C di sekolah, secara langsung mahu pun tidak...
Tindakan : -tiada-
*sebab pelajar tingkatan 4, sudah cukup 'dewasa' untuk berfikir dan bertindak.
moral : dapatkanlah guru(tegur, salam atau sapa), apatah lagi guru yang mengajar, walaupun ada kes, kerana sekali kita berbuat sedemikin, akan lunturlah rasa amarah guru tersebut pada kita...
~~Wallahua'lam~~
"semoga Allah sentiasa mengilhamkan rasa keinsafan buat anak-anak didikku... Ameen..."
No comments:
Post a Comment