TERKILAN hari pertama :
- 4 orang yang lambat masuk ke dewan, semasa perhimpunan telah dimulakan.
- Terlena, tertidur semasa pengetua memberikan ucapannya.
- Segelintir yang didapati (secara rambang) telah semakin pendek tudungnya, yang ujala terlalu pekat usah dikata, memang ramai…dalam 20 orang.
- Hingar bingar ketika menyusun kerusi di dewan, yang pada masa yang sama, cikgu2 sedang ‘morning
prayer’…
Nor A***** M*** R****** – masih tidak berubah, janji hanya tinggal janji yang dgn harapannya kan menyejukkan seketika amarahnya hati seorang guru…
…yang lainnya ; mereka yang masih tidak berubah, malah semakin menunjukkan ‘kedewasaan’ dan ‘kematangan’ nya. Dari riak wajah kalian dapat kususuri apa yang tersembunyi di sanubarimu, betapa tidak gemarnya di”peratur”kan, betapa bosannya dikelilingi dengan undang-undang, betapa penatnya ditahan dan ditegur, dinasihat, dimarahi malah diberi amaran…
Bungkam! Atau BOSAN?!
M******** & I***** – peringatan, atau mungkin tazkirah…juga boleh jadi muhasabah buat diriku sendiri. Atau mungkin sekadar halwa telinga buat kita yang sering lupa, mungkin kalian yang dipilihNya untuk mendengar bicaraku…ingatlah duhai anak didikku, kerja-kerja Amar Ma’ruf Nahi Munkar(AMNM) ini, suatu yang amat sukar dilakukan dan tidak ramai mana yang gemar untuk melakukannya…
Slot 1 – Sikap sahabat2, buktinya pada keTERKILANan diriku di awal pagi.
--> pengawas sebagai daei’(pendakwah) yang dilantik secara formal, untuk sama-sama menjalankan tugas AMNM ini. Jawatan ini memang nampak rasmi, dengan pengakuan, lafaz ikrar dan watikah perlantikan. Namun yang lebih utama adalah tanggungjawab sesame sahabat untuk menegur, mengingatkan, memberi amaran kepada mereka.
--> timbal balik perbuatan dengan apa yang menjadi matlamat masing-masing ke sekolah, tidak lain dan tidak bukan, iaitulah untuk meraih kejayaan cemerlang(hakikat kejayaan ialah menggarap kecemerlangan dunia yang dapat menjurus ke akhirat). Ada dua perkara utama yang menjadi ingatan bersama sesame kita ;
· Usaha yang tidak pernah kenal putus asa walaupun seketika.
· Patuh/hormat/akur pada orang yang lebih dewasa(orang tua); termasuklah ibu bapa yang berpenat lelah untuk kehidupan kita sejak dari kecilnya kita dan juga para guru yang semakin banyak masa kalian luangkan bersama seiring dengan usia yang bertambah, harri demi hari, tahun demi tahun…..
Slot 2 – kunci kecemerlangan kini dan akan datang.
*ibu bapa(semestinya),
*semua guru(dan warden),
*sahabat seiringan.
Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment