
KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”
Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.
Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.
No comments:
Post a Comment