Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....
Bagai dipanggil-panggil untukku menyinggah di tempatku di bilik guru yang baru, walaupun pada hari ini, hampir keseluruhan hariku di sekolah di bilik ini sepatutnya... Rupa-rupanya, ada hikmahnya...
Sekali lagi, Allah telah mengilhamkan aku, kepada informer ini(entah tak tahu siapa dia), akan "sikap-sikap pelik" anak-anak didik aku di sini. Tersentak jiwaku sekali lagi...masih teringat-ingat aku, beberapa "pasangan" yang pernah aku nasihatkan, sedarkan, tegurkan, marahkan malah berikan amaran, supaya tidak bersikap sedemikian rupa....
Ya Allah, kekadang aku termenung sendirian, agak sering kali juga anak-anak didikku di sini yang mungkin bakal pejuang kebenaran, Amar Makruf Nahi Munkar, berani untuk 'menulis' kepada aku, walaupun mungkin tidak secara terang-terangan....kepada aku mereka luahkan. Siapalah aku ya allah di sisiMu....apakah kekuatan yang aku ada....diriku pun banyak dosa....
Tapi, kepada anda, cikgu ucapkan TAHNIAH dan SYABAS! Kau berani, insya Allah, cikgu akan bertindak, semoga lebih ramai lagi anak-anak didik cikgu di sini yang bertindak berani bagai pejuang Islam dahulu, insya Allah...
KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai: “ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not” Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”. Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”. Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.
- 4 orang yang lambat masuk ke dewan, semasa perhimpunan telah dimulakan.
- Terlena, tertidur semasa pengetua memberikan ucapannya.
-Segelintir yang didapati (secara rambang) telah semakin pendek tudungnya, yang ujala terlalu pekat usah dikata, memang ramai…dalam 20 orang.
-Hingar bingar ketika menyusun kerusi di dewan, yang pada masa yang sama, cikgu2 sedang ‘morning
prayer’…
Nor A***** M*** R****** – masih tidak berubah, janji hanya tinggal janji yang dgn harapannya kan menyejukkan seketika amarahnya hati seorang guru…
…yang lainnya ; mereka yang masih tidak berubah, malah semakin menunjukkan ‘kedewasaan’ dan ‘kematangan’ nya. Dari riak wajah kalian dapat kususuri apa yang tersembunyi di sanubarimu, betapa tidak gemarnya di”peratur”kan, betapa bosannya dikelilingi dengan undang-undang, betapa penatnya ditahan dan ditegur, dinasihat, dimarahi malah diberi amaran…
Bungkam! Atau BOSAN?!
M******** & I***** – peringatan, atau mungkin tazkirah…juga boleh jadi muhasabah buat diriku sendiri. Atau mungkin sekadar halwa telinga buat kita yang sering lupa, mungkin kalian yang dipilihNya untuk mendengar bicaraku…ingatlah duhai anak didikku, kerja-kerja Amar Ma’ruf Nahi Munkar(AMNM) ini, suatu yang amat sukar dilakukan dan tidak ramai mana yang gemar untuk melakukannya…
Slot 1 – Sikap sahabat2, buktinya pada keTERKILANan diriku di awal pagi.
--> pengawas sebagai daei’(pendakwah) yang dilantik secara formal, untuk sama-sama menjalankan tugas AMNM ini. Jawatan ini memang nampak rasmi, dengan pengakuan, lafaz ikrar dan watikah perlantikan. Namun yang lebih utama adalah tanggungjawab sesame sahabat untuk menegur, mengingatkan, memberi amaran kepada mereka.
--> timbal balik perbuatan dengan apa yang menjadi matlamat masing-masing ke sekolah, tidak lain dan tidak bukan, iaitulah untuk meraih kejayaan cemerlang(hakikat kejayaan ialah menggarap kecemerlangan dunia yang dapat menjurus ke akhirat). Ada dua perkara utama yang menjadi ingatan bersama sesame kita ;
·Usaha yang tidak pernah kenal putus asa walaupun seketika. ·Patuh/hormat/akur pada orang yang lebih dewasa(orang tua); termasuklah ibu bapa yang berpenat lelah untuk kehidupan kita sejak dari kecilnya kita dan juga para guru yang semakin banyak masa kalian luangkan bersama seiring dengan usia yang bertambah, harri demi hari, tahun demi tahun…..
Slot 2 – kunci kecemerlangan kini dan akan datang.
sebagai penutup untuk hari yang diberi peluang ini; peliharalah hubungan dengan orang sekeliling yang paling rapat dengan kehidupan seharian sebagai pelajar :
--> semoga dengan itu, agar Allah akan sentiasa mengiringi jejak langkah kebaikanmu untuk menuju kecemerlangan duniawi ini yang secara tidak langsungnya akan menjuruskan diri kepadaNya yang Satu, al Khaliq di sana nanti, suatu destinasi yang pasti….
Ikutkan memang macam membuang masa, apa tidaknya, kertas pun belum selesai lagi ni. Tapi, sementara ingat(sebab baru je 'mengggeram' dengan students nye jwpn, sedikit masa kuluangkan utk meng'update' blog Panitia...
Semoga dimanfaatkan bersama....insya Allah...
Blog ini banyak info yang amat membantu.... http://drpakar.blogspot.com/
Sekali lagi secara 'accidently', terserempak dengan anak-anak didikku, pelajar-pelajar SMKASR.. Perkara yang sering kulalui, walaupun sebenarnya pada hakikatnya, amat tidak kugemari, jika terserempak dengan aksi-aksi yang tidak enak pandangan mata... Ada 2 situasi yang amat berbeza tadi, dengan bagaimana kalau perkara yang sama aku lalui beberapa tahun lalu...(dengan pelajar-pelajar terdahulu)
Situasi 1 : Si A langsung tak endah dengan gurunya, walaupun duduk semeja(meja kanak-kanak). Sehinggalah apabila anak kecilku menegurku, mengatakan ada buku sekolah (berdasarkan logo sekolah pada muka depan buku) pada kakak yang duduk di sebelahnya... Tindakan :*guru sendiri menegur dan bertanya murid A, memandangkan pelajar di tingkatan 1. Pelajar mengakui, alasan yang diberi : malu nak tegur cikgu. moral : tegurlah guru anda sekiranya bersua, kerana di situ ada keberkatannya.....
---tamat situasi 1----
Situasi 2 : Si B(bersama seorang lagi kawannya, C) hanya memerhati langkah kaki gurunya menuruni anak tangga perpustakaan. Selaku cikgu(yang mengajar salah seorang daripada mereka) hanya memerhati dan menjeling ke arah mereka... Si anak, sibuk bertanya..."ibu kenal ke kakak-kakak tu, bu?"... Dalam minda, terus teringat akan insiden-insiden kes-kes B dan C di sekolah, secara langsung mahu pun tidak... Tindakan : -tiada- *sebab pelajar tingkatan 4, sudah cukup 'dewasa' untuk berfikir dan bertindak. moral : dapatkanlah guru(tegur, salam atau sapa), apatah lagi guru yang mengajar, walaupun ada kes, kerana sekali kita berbuat sedemikin, akan lunturlah rasa amarah guru tersebut pada kita...
~~Wallahua'lam~~ "semoga Allah sentiasa mengilhamkan rasa keinsafan buat anak-anak didikku... Ameen..."
Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebgainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dgn jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yg berseri2 umpama bulan purnama.
Terlalu banyak tugasan & tanggungjawab yang perlu dibereskan. Hampir setiap hujung minggu, ada saja program dan aktiviti di sekolah. Hanya semata-mata untuk anak2 didik yang sebagaimana yang dilaung2kan oleh semua sebagai modal insan di masa akan datang...
Apa yang menjadi harapan, semoga apa jua nama dan aktiviti itu, semoga kalian semua yang mengikutinya, akan mengikhlaskan diri.... adalah menjadi harapan diri ini, agar sedikit sebanyak ianya akan menjadi kayu pengukur buat diri kalian apabila nati telah tidak lagi berpijak di bumi bertuah ini....
Sebaik2nya, selagi berada di sini...tunjukkanlah perubahan itu....agar sejuka mata kami memandang... Semoga semua sentiasa bersama memperolehi keredhaanNya...
Sampai ke petang, bersama 5AK dan 5IS....program Gerak Minda... Hujung minggu ini, ada lg program untuk mereka, candidates SPM tahun ni....
Semoga Allah terus mengikhlaskan hati ku ini untuk kejayaan mereka, anak2 muridku, terutama untuk subjek Biology... Pg tadi, temper betul dengan kelas form 4....4IK. entah kenapa, Teacher Has kamu ni, sangat naik darah betul....
kadang2 ckg pelik, kenapalah pelajar ni, taknak menjawab bila soalan Bio ditanya(dalam kelas).. Kalian sepatutnya cuba menjawab(proses output) supaya akan ada kebiasaan untuk menjawab dalam SPM sebenarnya nanti....
Sehingga ketemu lagi....(*asmaa' dah menelefon....tanya, bila ibu nak balik)