TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Saturday, July 31, 2010

...tentang Menghormati Guru

Semalam, tazkirah yang diperdengarkan selepas bacaan Yassin,amat menyentuh hati...mungkin kebanyakan guru, terutama mereka yang pernah terasa hati dek perbuatan anak-anak didiknya.... Setakat yang kutahu, ada seorang rakan guru tu berkata, 'akak sampai menitik air mata bila dengar budak tu baca tazkirah tu. Agaknya ada ke tidak anak-anak murid kita yang mendoakan kita'

Bagiku sendiri, terharu sungguh bila mendengarkannya...sayu rasanya bila kudengar bait-bait ayat...."Ya Tuhanku, kau berikanlah kepada guru-guruku sifat kuat untuk terus mengajar mendidikku".
Sememangnya suasana alam pagi Jumaat semalam umpama mengerti perasaan hati sanubari kebanyakan guru yang sedang bersedih dengan apa yang menimpa diri masing-masing. Hujan gerimis yang dititipkan hembusan sang bayu yang amat menyegarkan di pagi hari....masakan tidak bergetar hati lalu meruntun sayu apabila dialunkan pula tazkirah yang mendayu...

Bagaikan suatu kebetulan masing-masing guru menceritakan pengalaman-pengalaman masing-masing, apabila 'terasa' dengan sikap si anak muridnya, samada yang diajarnya mahu pun yang tidak diajarnya. Ramai yang kaget dengan sikap sombong diri yang ditunjukkan secara nyata oleh mereka. Mungkin di hadapan murid, tidak terlafaz di bibir akan terasanya hati mereka itu...namun, bila bersendirian, direnung-renungkan apa yang terjadi benar-benar membuatkan betapa sedih dan pilunya hati seorang guru....

Hanya kepada Allah, Tuhan yang satu agar segalanya lambat laun akan kembali tenang dan damai juga akhirnya...demi keberkatan untuk diri anak-anak murid itu sendiri. Kejayaan yang diharap-harapkan seseorang murid itu, bergantung kuat kepada usaha gigih yang dilakukan, namun amat berhubungkait dengan keredhaan dari para guru yang bersama-sama seseorang murid itu.... Perkara keredhaan guru ini, bukanlah bermakna guru itu meredhai atau tidak semata-mata, tetapi ianya adalah pantulan semerta dari sikap, perilaku dan tutur bicara seseorang murid terhadap gurunya.

Di ruangan ini, cikgu pasti setiap guru akan ada 'kenangan' masing-masing untuk apa yang dimaksudkan di atas...bila dah terjadi, menyesal bagaimana pun, sudah tiada gunanya, hanya iktibar yang boleh diambil. Buat para pelajar sekalian, usah dibiarkan hati seorang gurumu itu, terus-terusan terasa dek sikap perbuatanmu, berkecil hati dek tutur bicaramu yang masih belum pun tampak jaya cemerlangnya. Pohonlah kemaafan selagi masih ada kesempatan, pintalah dihalalkan ilmu mereka selagi masih ada mentari esok yang nak menyinar... Jangan sampai segalanya sudah terlambat.....insaflah, duhai hati.....

Semasa di zaman sekolah rendah, sopan bersalaman guru.

Tuesday, July 27, 2010

Sekelumit lagi tersedu dengan sikapmu... Hati, damailah dan sabarlah.....

Sekali lagi air mata ini menitis dek merenung akan sikap anak-anak orang, bukannya dari darah dagingku sendiri... Entah untuk kali ke berapa, tidak kuingat...tidak semena-mena, bila dedaun hati tersentuh, dek sapaan mereka yang hulurkan bantuan ingin membantu, hati kecil ini terasa sayu...

Kekadang itu, fikiran jadi buntu dek sikap kalian yang sering mempamerkan kehebatannya..kami faham dan tahu memang kalian hebat, tapi bukanlah dengan cara begitu...Guru tetap guru, mereka umpama ibu bapa yang meletakkan keyakinan mereka bila 'menyerah'kan kalian pada kami... Tapi, apakah begini caranya kalian membalasnya....?


Pasti akan terkejut besar andai kata mereka yang kalian bangga-banggakan itu, tahu yang anak mereka yang amat disayangi dan dibanggakan ini, punyai sikap yang sering mengguris hati-hati kami...kami faham yang kami bukan dewa dewi, bukan jua srikandi....tapi cukuplah sekadar kalian menghormati....agar keberkatan itu terus mengiringi liku-liku kehidupan yang ingin kalian susuri.... Kami tak pernah minta disanjung, pujian menggunung...tapi usahlah sampai kalian hamparkan kami dengan maki hamun...bukan begitu caranya, sayang....

Berapa banyak hati di institusi garapan ilmu yang kalian huni ini telah kalian lukai? Berapa ramai insan yang pernah tersentuh hatinya dengan sikap kalian itu? Berapa detik dan ketikanya pula perasaan mereka kalian permainkan dek kenakalan yang kadangkala bukan asuhan orang tuamu....semata-mata dek ajakan kawan taulan yang menjanjikan sesuatu kekuatan dengan kalimah "friends forever" yang sering menjadi pegangan mana-mana kumpulan yang wujud di bumi ini...

Alangkah bertuahnya andai kalian dapat mengkoreksi diri....alangkah bahagianya hati ayah bonda andai dapat memujuk kalian mohon kemaafan seikhlas hati...

Apakan daya, hati-hati itu mungkin keras...lebih keras dari sang batu yang keras itu... Sukar sungguh untuk menerima, walau mungkin sebaris kata yang dikhabarkan sebagai suatu kalung nasihat....

Amat malang si ibu yang pernah bersabung nyawa kesakitan melahirkan, amat kesal si ayah kesusahan mencari kesenangan keluarga mu yang tercinta sedari kecilmu dahulu... Andai ada abang kakak mahupun adikmu, di manakah kebanggaan mereka terhadapmu....? Hanya sekadar secuit kesedaran yang datang, itupun selepas sepasang kaki itu telah tidak lagi berpijak di bumi ini dan berlangitkannya.... Agak terlambat untuk hati-hati yang terguris tadi itu, melupai parut luka yang pernah dicalari....


Masya Allah.... Ya Habiballah....Lembutkanlah hati mereka, Ya Allah....

Tiupkan nafas keinsafan di lubuk hati mereka yang paling dalam, agar tidak terus-terusan membohongi ibu ayah yang mengharapkan sepenuh keikhlasan di wajah mereka bila berada di rumah bersama mereka...biarlah wajah itu jugalah yang tidak akan terus-terusan menghadap kami, guru selaku mua'lim mereka semua dengan kata-kata yang menyakitkan, sikap-sikap yang memalukan, tipudaya yang sering dapat hati ini rasai dek naluri yang mendalam akan sikap insan yang berbeza dengan manusia biasa.....

Ya Allah, aku bukanlah yang terbaik untuk berkata-kata...ampunkan diri ini, andai segala yang kumulai dalam kitab hisabku yang baru ini, turut menyakiti hatiMu, Ya Allah.... Minta dijauhkan dari anak-anak kandung, darah dagingku berperilaku seprti ini, yang tidak pernah sekali-kali menyenangkanku.....

Biarlah malam yang sudah pun berlabuh ke penghujung subuh yang bakal menjenguk ini, terus meniupkan hati dan naluriku semangat kental dan waja...untuk ku berhadapan dengan segala kemungkinan pada hari esok nanti...kerana kugagahi segala ini, atas kewajipan asas kita sebagai Khalifah di bumi akhir zaman ini....

Titipan beradu tenang harapannya....wassalam.....

Sunday, July 25, 2010

Mulakan dengan yang lebih baik, 15 Sya'aban ini...




Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Wallahu'alam...

Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Saturday, July 24, 2010

Kaitkan...pengajaran kisah Ratu Sheba yang masuk Islam....

Sedih juga rasanya kelmarin...., tersentak hati naluri seorang guru,bila membaca bait-bait kata seorang yang bergelar bekas anak muridnya... Apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk terus memikirkan apa yang dikata....cuma mungkin dapat berkongsi dengan sebuah kelas yang kebetulan ada semalam...

Sebaiknya,walaupun telah menjadi bekas pelajar sahaja sekarang, tapi usahlah sampai begitu keras bunyinya bicara katamu itu... Pengaruh persekitaran dan asuhan keluarga banyak mempengaruhi dirimu sekarang.... Nasihatku buat anak-anak didik yang masih berada di bumi As Syarifah ini, dan bakal bergelar Bekas Pelajar SMKASR, jangan dituruti perangai buruk seperti yang dibicarakan; samada menjadi seperti dirinya semasa berada di alam persekolahan, mahupun sepertinya sekarang...memberi tohmahan buruk, umpama menconteng arang kepada nama baik bekas sekolah sendiri...

Wallahua'lam....

*untuk mengambil iktibar, bolehlah dibaca bicara kata 'bekas pelajar' yang dilontarkan di ruangan mesej akaun fb cikgu.....setelah satu pesanan mesej nasihat dari cikgu ini :
"Assalamua'laikum.....kat ruangan High School awk pd profile tu, adalah lebih baik awk delete je nama SMKA Sharifah Rodziah, sbb kdaan pnampilan awk bagai menconteng arang ke nama baik sekolah. Segeralah bertindak, memalukan sungguh... cukup2lah dengan apa yang telah dibuat dulu masa zaman sekolah dulu."

Jawapan beliau :

"tue tserah pade saye . sy tak burukkan name spe2 or mne2 institusi di sini . sy ta pena ckp ape2 . jdi , ta de sebb pihak skola perlu cmpur tgn . sy da unblock cikgu . tp tue ta bmakne sy benarkn cikgu cmpur tgn dlm hal peribadi dan kehidupn sy selepas sy kuar dri skola tue . salam."

Sungguh sedih dan malu akan mempunyai anak didik yang tidak berjaya dimanusiakan..... Semoga akan masih ada sirna hidayah dan taufik dariNya untuk bekas muridku ini.....


Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulillah.....


Syukur, SKOR A Biologi untuk Tingkatan 4 telah pun selesai... Semoga akan mendapat manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta mendapat pengajaran / iktibar di atas segala kekurangan, kedhaifan dan kelemahan diri ini. Ingatlah, bahawa Perjuangan Masih Belum Selesai...masih banyak lagi langkah yang perlu digarap seiring dengan doa pengharapan segunung tinggi agar dipermudahkan segalanya....

Murid-murid yang hadir, Tahniah! Perbaiki diri dalam setiap keringat yang dititiskan untuk sebuah kejayaan cemerlang. Bagi yang masih belum menunjukkan perubahan yang baik, terus berusaha agar setiap detik yang diluangkan untuk kalian bergelar seorang insan berjaya, akan memperolehi keberkatan dariNya, insya Allah...

Saturday, July 17, 2010

Seiring Jalan.....


Seiring jalan....cantik je nama program yang dirancang oleh sekolah... Macam-macam nama rasanya....., sekolahku ini kaya dengan nama-nama program yang begitu menarik perhatian ramai, atau pun setidak-tidaknya akan membuatkan seseorang tertanya-tanya akan kandungan dan inti pati program tersebut...

Agak terlambat aku memulakan tugas sebagai guru pembantu di salah sebuah kelas tingkatan 4..namun, rupa-rupanya mereka memulakannya lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan... Tak mengapalah, yang penting, sekurang-kurangnya aku dapat bersama "seiring jalan" dengan guru kelas untuk mengenali hati budi para ibubapa yang datang... Anak-anak mereka itu jugalah yang menjadi 'klien'ku setiap hari Selasa dan Rabu....

Seronok aku melihat gelagat mereka(setakat yang disempat untukku)...gelagat si ibu/bapa dengan si anak... Ada yang malu-malu, ada yang hanya membisu lidah jadi kelu, ada pula yang senyum bersahaja dan ada juga yang cuba mencelah walaupun payah ya
ng amat.. Walau apa pun, yang paling kupasti...karakter anak-anak muridku di hadapan ibubapa mereka, amat berbeza sama sekali...kekadang ku berfikir dan tertanya-tanya, mengapakah sehingga wujudnya halangan yang besar antara tiga watak ini...ibu/bapa, guru dan murid itu...

Sedangkan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), hubungan antara tiga komponen ini perlulah mantap agar dapat membuahkan suatu hasil yang amat memberangsangkan... Tahniah dan Syabas buat mana-mana pelajar yang berjaya membawa ibu/bapa mereka untuk berjumpa dengan para guru yang mendidik kalian....semoga dengan walaupun hanya seketika pertemuan/perbualan itu kan membuahkan keberkatan dan kemudahan yang berpanjangan untuk kalian meraih kejayaan yang lebih cemerlang....

Dalam pada itu, ada perjumpaan khas antara aku dengan 2 ibu/bapa kepada 2 murid ini... Situasi biasa...hanya yang brbeza, perjumpaan ini diambil peluang semasa hari Laporan Adab, jadi mungkin tak berapa nampaklah akan 'masalah'nya... Kekadang, kuakui diri ini perlu menjadi pendengar setia atas apa yang nak diluahkan, walaupun mungkin adakalanya aku kurang cekap untuk 'tangkap' jalan cerita sebenar yang dimaksudkan... Apa yang hanya mampu kukatakan, bersabarlah.....


Walaubagaimana pun kisahnya, untuk anak-anak murid cikgu, tabahkan hatimu, cekalkan semangatmu. Biarlah sebesar mana sekalipun ujian yang Dia nak berikan kepada kita, hatimu perlu diyakini yang itu bukanlah menjadi penyebab atau gangguan untuk dirimu tidak bergelar seorang yang berjaya.... Ingat akan peringatan Allah dalam Kitab suciNya....Ali Imran 173.

Ingatlah, jangan diulang kesilapan lalu....biarkan yang silap dan salah itu berlalu pergi bersama sang angin yang bertiup lembut di pipi... Disiplinkan diri untuk menuju kejayaan yang dharapkan, bukankah Disiplin Teras Kecemerlangan....

Remember, just follow the rules and then you'll gain success!


Wednesday, July 14, 2010

Penat, tapi puas hati... hari ini, berkongsi gembira...

Kalau semalam, 6 orang dapat ku selesaikan pertemuan seawal pagi hari, rentetan peristiwa semalamnya… seorang lagi tangguh, tapi kurang puas hati dengan cara ‘deal’nya…

Sebelah petangnya pula semalam, dapat kuaturkan 1 lagi pertemuan khas, semata-mata untuk nak mengetahui perkembangan terkini dan ingin mengintai perubahan sikapnya sekarang yang telah agak lama ‘pendam’… Semoga dirimu, U***** kan terus cekal manghadapi ujian yang Allah kirim khusus untukmu ini...



Syukur padaNya, diberikan kekuatan pada diri dalam hatiku ini, ikutkan masih banyak lagi buku yang perlu kusiapkan penandaan. Perlu pula kufokuskan pada persiapan P&P yang lain-lain… Namun, atas amanah ini, tugas yang dipertanggungjawabkan kepadaku ini, membuatkan diriku memaksa hati untuk mengikhlaskan segala tindak tanduk, pertuturanku untuk mereka apatah lagi teguran membinaku, amarah prihatinku serta ingatan demi kasihku pada mereka semua.


Sehingga ke hujung petang semalam, dapat kursakan kepenatannya… Letih sebab banyak telah kuluahkan bicara nasihat, berkongsi pengalaman yang mungkin dapat menginjeksi kobar semangat mereka demi sebuah kejayaan dan sekalung kecemerlangan. Adakalanya kuterfikir, merenung sejenak, bukankah lebih baik kuluangkan masaku bersama-sama anak-anakku sendiri di rumah, berehat santai bersama mereka, bergurau senda bersama….namun….duhai hati, ingatlah ini jua merupakan suatu tuntutan atas nama Khalifah di muka bumiNya…. Seikhlas tutur bicaramu sepetang tadi, semoga segunung kasih sayang dan rahmatNya dipohonkan, insya Allah…..


Hari ini.....


Untuk kali keduanya, pertemuan bersama mentee yang telah diamanahkan. Walaupun agak kekok pada mulanya, harapanku agar kami masing-masing dapat memanfaatkan usaha murni sekolah ini, untuk kebaikan bersama. Sehubungan dengan itu juga, seperti mana yang dirancang, sememangnya diri ini memang suka kalau orang-orang terdekat merasa gembira jika mendapat sesuatu... ye, sifat menghadiahi orang....kucuba praktikkan... Alhamdulillah, sekadar yang berkesempatan...

Namun, dalam pada itu, diri ini sama-sama diingatkan... Alhamdulillah, kalian mengingatkan. walapun pada mulanya, diri agak yakin, tapi kemudian, setelah pulang, fikiran ini kembali teringat akan apa yang diperkatakan. Dengan itu, di sini sedikit tips untuk dikongsi bersama, semoga kan mendapat manfaatnya, insya Allah.....

*perkongsian ini dari : http://hpa-halal4u.blogspot.com/

Berhenti dari memakan Crispy !!! terutama Org2 ISLAM
crispy2
mungkin kita pernah memakannya???
crispy3
SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES. SDN BHD
DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG
JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...
crispy1
SILA LIHAT Gambar UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU TAK BERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KAT
PLASTIK TU...ADA (E476)





Saturday, July 10, 2010

PERMATA harapan semua...

Tanggal 7 Julai yang lalu, rasa agak bermakna apabila bersama-sama dengan barisan sahabat sekerjaya ku diberi penghormatan untuk menjadi Mentor kepada pelajar kumpulan harapan dari tingkatan 5. Kalau pada tahun lalu, aku sekadar menjadi pemerhati dari jauh sahaja. Tapi, alhamdulillah, tahun ini, rasa cukup berbangga dengan semua ini.

Harapanku agar, sedikit sebanyak kami dapat memberi suntikan semangat dan sokongan untuk mereka semua. Bagi mereka yang tersenarai sebagai mereka yang diharapkan, semoga syukur dengan ketentuanNya ini dan jadikanlah ia azimat buat kalian semua terus berazam untuk mencapai yang terbaik sepanjang mencedok pengalaman kehidupan di bumi As-Sharifah ini...insya Allah...

Seketika kutitipkan.....


Setelah beberapa hari dalam kesibukan...menyelesaikan mana-mana yang patut..baru kini dapat terus kusambung tarian kalam ini... Syukur, kelas tambahan, untuk kedua-dua kelas form 5, dapat kulaksanakan minggu ini. Semoga dapat terus istiqamah, insya Allah...sukatan kita akan dapat diselesaikan, kalian jangan risau, ye...


Dalam pada masa yang sama itu jugalah, ramai juga students yang dapat aku jumpa. Yang memang dalam 'list' mahupun yang diilhamkan olehNya untuk kutemui mereka...kadang-kadang, tidak kita sangka...air yang tenang itu, rupa-rupanya ada buaya... Buat H*******, cikgu harap muhasabah semula, renungkan apa yang telah cikgu tegurkan dalam amarah saya tengahari tadi... Tiada pernah berniat untuk menyusahkanmu, sebaliknya sebagai tanggungjawab AMNM, dan tugas yang terpikul di bahu ini...


Untuk mereka yang lain-lain pula, sebagai renungan semula.....ingatlah satu perkara dalam kita mengharungi kehidupan di alam yang tidak kekal ini....bahawa Hidup kita Ini Berpenghujung..... Dalam kita ingin melangkah kaki, mahupun melontar kata apatah lagi mengatur bicara, ingatlah sesungguhnya Allah lah sebaik-baik sandarannya....Dia sentiasa memerhati apa yang kita lakukan atau niatkan... Mintak dijauhkan olehNya, setiap apa yang kita ingin lakukan itu, terpesong/tersasar dari landasan yang hakiki sebagai seorang Muslim Mukmin..... Apapun jua, ingatlah selalu.....biarlah sebaiknya, hidup kita senantiasa dalam lingkungan kebaikan, perkara-perkara yang disukai Nabi, amalan-amalan yang disarankan untuk kita melakukannya....





Amat malanglah, seandainya apa yang kita lakukan itu, sekadar untuk memuaskan hati, biar lega rasa geram dan amarah pada orang lain. Semakin buruk apabila sesuatu fitnah dilontarkan, bertambah besarlah pula kesan sampingannya.....

Namun, seandainya kita menafikan pula sesuatu yang benar berlaku, dengan harapan tertutup segala kejahatan yang pernah kita lakukan, maka Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana....sesama manusia memang mudah untuk kita bermain kata, tapi jangan sekali-kali dengan Allah, nau'zubillah....



Kepada kalian semua(Z******, S*****,F********,I*****,E***** dll), fahamilah prosedur yang perlu cikgu ikuti. Sesuatu tindakan, insya Allah tidaklah secara semborono sahaja. Janganlah meletakkan sesuatu di fikiran(mindset) fakta yang tidak betul. Ingatlah selalu :
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki, dendam mendendami, buruk sangka, tidak bersyukur dengan kurniaanMu, menolak hakikat kejadian diri seadanya dan engkar padaMu....
Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang benar.... Amin....
Related Posts with Thumbnails