
Seiring jalan....cantik je nama program yang dirancang oleh sekolah... Macam-macam nama rasanya....., sekolahku ini kaya dengan nama-nama program yang begitu menarik perhatian ramai, atau pun setidak-tidaknya akan membuatkan seseorang tertanya-tanya akan kandungan dan inti pati program tersebut...
Agak terlambat aku memulakan tugas sebagai guru pembantu di salah sebuah kelas tingkatan 4..namun, rupa-rupanya mereka memulakannya lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan... Tak mengapalah, yang penting, sekurang-kurangnya aku dapat bersama "seiring jalan" dengan guru kelas untuk mengenali hati budi para ibubapa yang datang... Anak-anak mereka itu jugalah yang menjadi 'klien'ku setiap hari Selasa dan Rabu....
Seronok aku melihat gelagat mereka(setakat yang disempat untukku)...gelagat si ibu/bapa dengan si anak... Ada yang malu-malu, ada yang hanya membisu lidah jadi kelu, ada pula yang senyum bersahaja dan ada juga yang cuba mencelah walaupun payah yang amat.. Walau apa pun, yang paling kupasti...karakter anak-anak muridku di hadapan ibubapa mereka, amat berbeza sama sekali...kekadang ku berfikir dan tertanya-tanya, mengapakah sehingga wujudnya halangan yang besar antara tiga watak ini...ibu/bapa, guru dan murid itu...

Sedangkan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), hubungan antara tiga komponen ini perlulah mantap agar dapat membuahkan suatu hasil yang amat memberangsangkan... Tahniah dan Syabas buat mana-mana pelajar yang berjaya membawa ibu/bapa mereka untuk berjumpa dengan para guru yang mendidik kalian....semoga dengan walaupun hanya seketika pertemuan/perbualan itu kan membuahkan keberkatan dan kemudahan yang berpanjangan untuk kalian meraih kejayaan yang lebih cemerlang....
Dalam pada itu, ada perjumpaan khas antara aku dengan 2 ibu/bapa kepada 2 murid ini... Situasi biasa...hanya yang brbeza, perjumpaan ini diambil peluang semasa hari Laporan Adab, jadi mungkin tak berapa nampaklah akan 'masalah'nya... Kekadang, kuakui diri ini perlu menjadi pendengar setia atas apa yang nak diluahkan, walaupun mungkin adakalanya aku kurang cekap untuk 'tangkap' jalan cerita sebenar yang dimaksudkan... Apa yang hanya mampu kukatakan, bersabarlah.....

Walaubagaimana pun kisahnya, untuk anak-anak murid cikgu, tabahkan hatimu, cekalkan semangatmu. Biarlah sebesar mana sekalipun ujian yang Dia nak berikan kepada kita, hatimu perlu diyakini yang itu bukanlah menjadi penyebab atau gangguan untuk dirimu tidak bergelar seorang yang berjaya.... Ingat akan peringatan Allah dalam Kitab suciNya....Ali Imran 173.
Ingatlah, jangan diulang kesilapan lalu....biarkan yang silap dan salah itu berlalu pergi bersama sang angin yang bertiup lembut di pipi... Disiplinkan diri untuk menuju kejayaan yang dharapkan, bukankah Disiplin Teras Kecemerlangan....
Remember, just follow the rules and then you'll gain success!
No comments:
Post a Comment