
Setelah beberapa hari dalam kesibukan...menyelesaikan mana-mana yang patut..baru kini dapat terus kusambung tarian kalam ini... Syukur, kelas tambahan, untuk kedua-dua kelas form 5, dapat kulaksanakan minggu ini. Semoga dapat terus istiqamah, insya Allah...sukatan kita akan dapat diselesaikan, kalian jangan risau, ye...
Dalam pada ma
sa yang sama itu jugalah, ramai juga students yang dapat aku jumpa. Yang memang dalam 'list' mahupun yang diilhamkan olehNya untuk kutemui mereka...kadang-kadang, tidak kita sangka...air yang tenang itu, rupa-rupanya ada buaya... Buat H*******, cikgu harap muhasabah semula, renungkan apa yang telah cikgu tegurkan dalam amarah saya tengahari tadi... Tiada pernah berniat untuk menyusahkanmu, sebaliknya sebagai tanggungjawab AMNM, dan tugas yang terpikul di bahu ini...
Untuk mereka yang lain-lain pula, sebagai renungan semula.....ingatlah satu perkara dalam kita mengharungi kehidupan di alam yang tidak kekal ini....bahawa Hidup kita Ini Berpenghujung..... Dalam kita ingin melangkah kaki, mahupun melontar kata apatah lagi mengatur bicara, ingatlah sesungguhnya Allah lah sebaik-baik sandarannya....Dia sentiasa memerhati apa yang kita lakukan atau niatkan... Mintak dijauhkan olehNya, setiap apa yang kita ingin lakukan itu, terpesong/tersasar dari landasan yang hakiki sebagai seorang Muslim Mukmin..... Apapun jua, ingatlah selalu.....biarlah sebaiknya, hidup kita senantiasa dalam lingkungan kebaikan, perkara-perkara yang disukai Nabi, amalan-amalan yang disarankan untuk kita melakukannya....Amat malanglah, seandainya apa yang kita lakukan itu, sekadar untuk memuaskan hati, biar lega rasa geram dan amarah pada orang lain. Semakin buruk apabila sesuatu fitnah dilontarkan, bertambah besarlah pula kesan sampingannya.....

Namun, seandainya kita menafikan pula sesuatu yang benar berlaku, dengan harapan tertutup segala kejahatan yang pernah kita lakukan, maka Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana....sesama manusia memang mudah untuk kita bermain kata, tapi jangan sekali-kali dengan Allah, nau'zubillah....
Kepada kalian semua(Z******, S*****,F********,I*****,E***** dll), fahamilah prosedur yang perlu cikgu ikuti. Sesuatu tindakan, insya Allah tidaklah secara semborono sahaja. Janganlah meletakkan sesuatu di fikiran(mindset) fakta yang tidak betul. Ingatlah selalu :
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki, dendam mendendami, buruk sangka, tidak bersyukur dengan kurniaanMu, menolak hakikat kejadian diri seadanya dan engkar padaMu....
Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang benar.... Amin....
No comments:
Post a Comment