Sedih juga rasanya kelmarin...., tersentak hati naluri seorang guru,bila membaca bait-bait kata seorang yang bergelar bekas anak muridnya... Apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk terus memikirkan apa yang dikata....cuma mungkin dapat berkongsi dengan sebuah kelas yang kebetulan ada semalam...Sebaiknya,walaupun telah menjadi bekas pelajar sahaja sekarang, tapi usahlah sampai begitu keras bunyinya bicara katamu itu... Pengaruh persekitaran dan asuhan keluarga banyak mempengaruhi dirimu sekarang.... Nasihatku buat anak-anak didik yang masih berada di bumi As Syarifah ini, dan bakal bergelar Bekas Pelajar SMKASR, jangan dituruti perangai buruk seperti yang dibicarakan; samada menjadi seperti dirinya semasa berada di alam persekolahan, mahupun sepertinya sekarang...memberi tohmahan buruk, umpama menconteng arang kepada nama baik bekas sekolah sendiri...
Wallahua'lam....
*untuk mengambil iktibar, bolehlah dibaca bicara kata 'bekas pelajar' yang dilontarkan di ruangan mesej akaun fb cikgu.....setelah satu pesanan mesej nasihat dari cikgu ini :
"Assalamua'laikum.....kat ruangan High School awk pd profile tu, adalah lebih baik awk delete je nama SMKA Sharifah Rodziah, sbb kdaan pnampilan awk bagai menconteng arang ke nama baik sekolah. Segeralah bertindak, memalukan sungguh... cukup2lah dengan apa yang telah dibuat dulu masa zaman sekolah dulu."
Jawapan beliau :
"tue tserah pade saye . sy tak burukkan name spe2 or mne2 institusi di sini . sy ta pena ckp ape2 . jdi , ta de sebb pihak skola perlu cmpur tgn . sy da unblock cikgu . tp tue ta bmakne sy benarkn cikgu cmpur tgn dlm hal peribadi dan kehidupn sy selepas sy kuar dri skola tue . salam."
Sungguh sedih dan malu akan mempunyai anak didik yang tidak berjaya dimanusiakan..... Semoga akan masih ada sirna hidayah dan taufik dariNya untuk bekas muridku ini.....
No comments:
Post a Comment