TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Saturday, July 31, 2010

...tentang Menghormati Guru

Semalam, tazkirah yang diperdengarkan selepas bacaan Yassin,amat menyentuh hati...mungkin kebanyakan guru, terutama mereka yang pernah terasa hati dek perbuatan anak-anak didiknya.... Setakat yang kutahu, ada seorang rakan guru tu berkata, 'akak sampai menitik air mata bila dengar budak tu baca tazkirah tu. Agaknya ada ke tidak anak-anak murid kita yang mendoakan kita'

Bagiku sendiri, terharu sungguh bila mendengarkannya...sayu rasanya bila kudengar bait-bait ayat...."Ya Tuhanku, kau berikanlah kepada guru-guruku sifat kuat untuk terus mengajar mendidikku".
Sememangnya suasana alam pagi Jumaat semalam umpama mengerti perasaan hati sanubari kebanyakan guru yang sedang bersedih dengan apa yang menimpa diri masing-masing. Hujan gerimis yang dititipkan hembusan sang bayu yang amat menyegarkan di pagi hari....masakan tidak bergetar hati lalu meruntun sayu apabila dialunkan pula tazkirah yang mendayu...

Bagaikan suatu kebetulan masing-masing guru menceritakan pengalaman-pengalaman masing-masing, apabila 'terasa' dengan sikap si anak muridnya, samada yang diajarnya mahu pun yang tidak diajarnya. Ramai yang kaget dengan sikap sombong diri yang ditunjukkan secara nyata oleh mereka. Mungkin di hadapan murid, tidak terlafaz di bibir akan terasanya hati mereka itu...namun, bila bersendirian, direnung-renungkan apa yang terjadi benar-benar membuatkan betapa sedih dan pilunya hati seorang guru....

Hanya kepada Allah, Tuhan yang satu agar segalanya lambat laun akan kembali tenang dan damai juga akhirnya...demi keberkatan untuk diri anak-anak murid itu sendiri. Kejayaan yang diharap-harapkan seseorang murid itu, bergantung kuat kepada usaha gigih yang dilakukan, namun amat berhubungkait dengan keredhaan dari para guru yang bersama-sama seseorang murid itu.... Perkara keredhaan guru ini, bukanlah bermakna guru itu meredhai atau tidak semata-mata, tetapi ianya adalah pantulan semerta dari sikap, perilaku dan tutur bicara seseorang murid terhadap gurunya.

Di ruangan ini, cikgu pasti setiap guru akan ada 'kenangan' masing-masing untuk apa yang dimaksudkan di atas...bila dah terjadi, menyesal bagaimana pun, sudah tiada gunanya, hanya iktibar yang boleh diambil. Buat para pelajar sekalian, usah dibiarkan hati seorang gurumu itu, terus-terusan terasa dek sikap perbuatanmu, berkecil hati dek tutur bicaramu yang masih belum pun tampak jaya cemerlangnya. Pohonlah kemaafan selagi masih ada kesempatan, pintalah dihalalkan ilmu mereka selagi masih ada mentari esok yang nak menyinar... Jangan sampai segalanya sudah terlambat.....insaflah, duhai hati.....

Semasa di zaman sekolah rendah, sopan bersalaman guru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails