TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Wednesday, August 11, 2010

Cerita Ramadhan:Benarkah syaitan dirantai?


Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan

Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.


Makna syaitan dirantai:


1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.




Perkongsian lain yang boleh memberi penerangan lanjut :

Ada dua pendapat dalam membahaskan hal ini iaitu:

1. Pendapat pertama mengatakan, pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan sebenarnya hanyalah satu kiasan.Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat.Ungkapan “syaitan dibelenggu” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung lesennya”.Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan.Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang.Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan ke“sah”an lesen tersebut.

Pendapat inilah yang berada di minda ramai orang bilamana melihat maksiat yang masih berleluasa di bulan yang mulia ini.

2. Pendapat kedua mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal.Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas.Ertinya, ia bukan satu kiasan.

Pendapat ini memerlukan lebih penjelasan oleh itu ada dua pandangan dari para ulamak

Pendapat pertama mengatakan, yang dibelenggu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan.

Pendapat yang kedua pula mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali.

Di antara ulama yang berpegang kepada pendapat kedua ini ialah Imam Qurtubi dan berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan jawabnya pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan manusia.

Boleh disimpulkan bahawa Syaitan yang dibelenggu itu adalah dari kalangan Jin manakala bagi manusia yang fitrahnya mempunyai nafsu, mereka dengan sendirinya menjadikan diri mereka tergolong dikalangan syaitan yang berupa bentuk manusia apabila nafsu yang ada dalam diri tidak terkawal sehingga hilang rasa bersalah dan malu untuk terus melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails