TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, August 22, 2010

Sekolah berkabus...Subhanallah

Blok Pentadbiran, Kiosk PUM dan Anjung Ilmu

Pagi itu, dari sepanjang perjalanan ke sekolah, telah kuperhatikan suasana sungguh amat berlainan daripada biasa... Sesampai sahaja ke sekolah, memang jelas kelihatan kabus pagi menyelubungi persekitaran sekolah. Seingatku, setelah 10 tahun aku di sini, inilah kali pertama kulihat suasana tenang dan amat menyegarkan pada pagi itu...

Bengkel KH dan Blok B

Apakah ada hikmah yang tersembunyi
di sebalik keindahan ciptaaMu
yang dikirim di pagi hari itu, Ya Allah...?

Apakah tersirat seribu kiriman bantuanMu
buat semua anak-anak didik yang berada
di bumi As-Sharifah ini Ya Tuhan...?
(Pelajar tingkatan 3 sedang menduduki peperiksaan Trial PMR)

Andai benar ketentuan baik itu untuk kami semua,
maka...
Ya Allah...
Dipanjatkan munajat ini kepadaMu,
Permudahkanlah urusan kebaikan kami semua,
Penuhilah hati-hati kami...
dengan Nur KasihMu,
yang tak pernah kunjung malap.

Jauhilah kami semua,
dari segala mara bahaya dan petaka kemusnahan.
Lindungilah diri kami,
Peringatkanlah sanubari kami ini sentiasa...
Agar terhindar dari
segala kejahatan dunia...
dan
tipudaya di dalamnya...

Ameen...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails