Objektif atau sasaran yang harus dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Objektif taqwa ini telah disebut dengan jelas di dalam Al Quran Al Karim, ayat 183 dari surah Al-Baqarah.Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Ya Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia,
suka memberi pengampunan,
maka ampunilah diriku ini
suka memberi pengampunan,
maka ampunilah diriku ini
Begitulah antara intipati slot tazkirah untuk mereka yang ma'zurah waktu Zuhur tadi...(oleh Ustazah Azian). Namun, sebegitu cantik susunan program yang telah disediakn oleh pihak sekolah, masih ada lagi segelintir anak didik kami ini yang masih tidak serik-serik untuk berkata tidak benar kepada para guru mereka..... Yang indahnya, susunan aturan Tuhan itu, aku temui aje akan temberang, helah mereka itu. Masya Allah.... Mengapa masih tergamak kalian ini untuk berlembut lidah mengeluarkan kata-kata berunsur pembohongan...
Astaghfirullahal Azim..... Moga diampunkanNya....
No comments:
Post a Comment