TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Sunday, August 8, 2010

Kejadian Suatu Renungan Keinsafan

Semalam, genaplah 13 hari ku bergelut dengan permasalahan yang berkaitan dengan kes yang timbul. Syukur rasanya, kurasakan semakin semua pihak berusaha ke arah penyatuan fikrah(wehdatul fikr), semakin diuji olehNya dengan setiap rentetan insiden yang tercetus... Apa yang penting sekarang ini, terus tabah dalam berusaha ke arah penyelesaian masalah secara totalnya. Jadikanlah aku jua, seorang yang amanah dalam menjalankan tugasanku ini...


Khamis malam lalu, seluruh 'awning' di blok itu telah jatuh menyembah bumi, akibat angin kuat umpama ribut beserta hujan yang turun.. Agak terperanjat juga, sebab hujung minggu sebelum itu, sebahagiannya telah pun jatuh... Syukur tiada apa-apa kemalangan yang menimpa... Soalnya, apakah hikmah yang tersembunyi di atas kejadian ini.... Seringkali begitulah, bila ada kejadian seumpama ini, maka umum maklumi ia sebagai tanda ingatan atau amarah dariNya.....


Ya Allah, jadikanlah kami insan-insan yang mengerti akan setiap satu peringatan yang dikirim...


Awal pagi Sabtu, sekali lagi hujan turun lebat(ketika itu di rumah)...di fikiran ini, teringat-ingat pada anak-anak didik ku di asrama, apakah pula yang telah dan sedang menimpa kalian... Ya Allah, di hati ini, sudah menganggak sesuatu...

Sebelum Subuh, kira-kira jam 5 lebih, aku tersentak dek kesejukan pagi menusuk tulang rusukku.... Kusemak jam di h/phone, tapi sedihnya baterinya kehabisan... Sempat ku caskan semula, sementara aku mencari sedikt ketenangan..... Sesudah itu, hp di on kan, aku agak terkejut dek panggilan miskol, 3 kali berturut-turut, kira-kira jam 4 lebih pagi...maknanya, ketika itu hp ini telah kehabisan baterinya...

Fikirku, musibah apa pulak yang telah berlaku lagi...bergetar hati ini... Pantas jari jemari ini, menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan, untuk bertanyakan kedudukan terkini... Sesudah fardhu Subuh kuselesaikan, hp berbunyi.....Ya Allah, tabahkan hati ini untuk mendengar khabar berita yang terkini ini...


Bergetar jantungku... Tidak putus doa kupanjatkan, semoga Allah melindungi dan terus merahmati... Manusia itu tidak akan lekang dari kesalahan dan membuat salah. Namun, apa yang penting adalah kembali ke pangkal jalan....sebelum masa diambil Tuhan. Oleh itu, kubacakan surah Yssin sebagai pembantu urusan dan ikhtiar masing-masing...

Ya Allah, bantulah insan-insan itu,
Kembalikanlah roh Islam di jiwa mereka,
Pulihkanlah semangatnya,
Hindarkanlah fitnah yang berterusan buat mereka...
Janganlah biarkan nasib diri kami ini semua ditentukan oleh diri kami sendiri....
Bantulah kami semua Ya Allah...


2 comments:

  1. kuat btol angin tue..zaf

    ReplyDelete
  2. Iye Zaf...banyak hikmah yang tersembunyi atas apa yang berlaku....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails