TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Friday, August 27, 2010

Ingatan bersama.....

Hadzrat Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidakkah Aku khabarkan kepadamu wasiat Nuh a.s. kepada anaknya."

Mereka berkata, bahkan ya Rasulullah. Baginda SAW bersabda: "Nuh a.s. mewasiatkan anaknya...."Wahai anakku, aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Lailaha illallah,jika kalimah ini diletakkan didalam satu timbangan, langit dan bumi ditempatkan ditimbangan yang lain,
nescaya kalimah ini akan lebih berat lagi. Walau ia di dalam lingkaran yang kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap kepada Allah SWT dan aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Subhanallahil 'azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibarat dari seluruh makhluk dan dengannya rezeki mereka diberikan dan aku melarang kamu dari dua perkara: Syirik dan Kibir (Sombong) kerana kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah SWT.

(Hadi Riwayat Bazar, Majma uz Zawaid)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails