TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulillah.....


Syukur, SKOR A Biologi untuk Tingkatan 4 telah pun selesai... Semoga akan mendapat manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta mendapat pengajaran / iktibar di atas segala kekurangan, kedhaifan dan kelemahan diri ini. Ingatlah, bahawa Perjuangan Masih Belum Selesai...masih banyak lagi langkah yang perlu digarap seiring dengan doa pengharapan segunung tinggi agar dipermudahkan segalanya....

Murid-murid yang hadir, Tahniah! Perbaiki diri dalam setiap keringat yang dititiskan untuk sebuah kejayaan cemerlang. Bagi yang masih belum menunjukkan perubahan yang baik, terus berusaha agar setiap detik yang diluangkan untuk kalian bergelar seorang insan berjaya, akan memperolehi keberkatan dariNya, insya Allah...

Saturday, July 17, 2010

Seiring Jalan.....


Seiring jalan....cantik je nama program yang dirancang oleh sekolah... Macam-macam nama rasanya....., sekolahku ini kaya dengan nama-nama program yang begitu menarik perhatian ramai, atau pun setidak-tidaknya akan membuatkan seseorang tertanya-tanya akan kandungan dan inti pati program tersebut...

Agak terlambat aku memulakan tugas sebagai guru pembantu di salah sebuah kelas tingkatan 4..namun, rupa-rupanya mereka memulakannya lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan... Tak mengapalah, yang penting, sekurang-kurangnya aku dapat bersama "seiring jalan" dengan guru kelas untuk mengenali hati budi para ibubapa yang datang... Anak-anak mereka itu jugalah yang menjadi 'klien'ku setiap hari Selasa dan Rabu....

Seronok aku melihat gelagat mereka(setakat yang disempat untukku)...gelagat si ibu/bapa dengan si anak... Ada yang malu-malu, ada yang hanya membisu lidah jadi kelu, ada pula yang senyum bersahaja dan ada juga yang cuba mencelah walaupun payah ya
ng amat.. Walau apa pun, yang paling kupasti...karakter anak-anak muridku di hadapan ibubapa mereka, amat berbeza sama sekali...kekadang ku berfikir dan tertanya-tanya, mengapakah sehingga wujudnya halangan yang besar antara tiga watak ini...ibu/bapa, guru dan murid itu...

Sedangkan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), hubungan antara tiga komponen ini perlulah mantap agar dapat membuahkan suatu hasil yang amat memberangsangkan... Tahniah dan Syabas buat mana-mana pelajar yang berjaya membawa ibu/bapa mereka untuk berjumpa dengan para guru yang mendidik kalian....semoga dengan walaupun hanya seketika pertemuan/perbualan itu kan membuahkan keberkatan dan kemudahan yang berpanjangan untuk kalian meraih kejayaan yang lebih cemerlang....

Dalam pada itu, ada perjumpaan khas antara aku dengan 2 ibu/bapa kepada 2 murid ini... Situasi biasa...hanya yang brbeza, perjumpaan ini diambil peluang semasa hari Laporan Adab, jadi mungkin tak berapa nampaklah akan 'masalah'nya... Kekadang, kuakui diri ini perlu menjadi pendengar setia atas apa yang nak diluahkan, walaupun mungkin adakalanya aku kurang cekap untuk 'tangkap' jalan cerita sebenar yang dimaksudkan... Apa yang hanya mampu kukatakan, bersabarlah.....


Walaubagaimana pun kisahnya, untuk anak-anak murid cikgu, tabahkan hatimu, cekalkan semangatmu. Biarlah sebesar mana sekalipun ujian yang Dia nak berikan kepada kita, hatimu perlu diyakini yang itu bukanlah menjadi penyebab atau gangguan untuk dirimu tidak bergelar seorang yang berjaya.... Ingat akan peringatan Allah dalam Kitab suciNya....Ali Imran 173.

Ingatlah, jangan diulang kesilapan lalu....biarkan yang silap dan salah itu berlalu pergi bersama sang angin yang bertiup lembut di pipi... Disiplinkan diri untuk menuju kejayaan yang dharapkan, bukankah Disiplin Teras Kecemerlangan....

Remember, just follow the rules and then you'll gain success!


Wednesday, July 14, 2010

Penat, tapi puas hati... hari ini, berkongsi gembira...

Kalau semalam, 6 orang dapat ku selesaikan pertemuan seawal pagi hari, rentetan peristiwa semalamnya… seorang lagi tangguh, tapi kurang puas hati dengan cara ‘deal’nya…

Sebelah petangnya pula semalam, dapat kuaturkan 1 lagi pertemuan khas, semata-mata untuk nak mengetahui perkembangan terkini dan ingin mengintai perubahan sikapnya sekarang yang telah agak lama ‘pendam’… Semoga dirimu, U***** kan terus cekal manghadapi ujian yang Allah kirim khusus untukmu ini...



Syukur padaNya, diberikan kekuatan pada diri dalam hatiku ini, ikutkan masih banyak lagi buku yang perlu kusiapkan penandaan. Perlu pula kufokuskan pada persiapan P&P yang lain-lain… Namun, atas amanah ini, tugas yang dipertanggungjawabkan kepadaku ini, membuatkan diriku memaksa hati untuk mengikhlaskan segala tindak tanduk, pertuturanku untuk mereka apatah lagi teguran membinaku, amarah prihatinku serta ingatan demi kasihku pada mereka semua.


Sehingga ke hujung petang semalam, dapat kursakan kepenatannya… Letih sebab banyak telah kuluahkan bicara nasihat, berkongsi pengalaman yang mungkin dapat menginjeksi kobar semangat mereka demi sebuah kejayaan dan sekalung kecemerlangan. Adakalanya kuterfikir, merenung sejenak, bukankah lebih baik kuluangkan masaku bersama-sama anak-anakku sendiri di rumah, berehat santai bersama mereka, bergurau senda bersama….namun….duhai hati, ingatlah ini jua merupakan suatu tuntutan atas nama Khalifah di muka bumiNya…. Seikhlas tutur bicaramu sepetang tadi, semoga segunung kasih sayang dan rahmatNya dipohonkan, insya Allah…..


Hari ini.....


Untuk kali keduanya, pertemuan bersama mentee yang telah diamanahkan. Walaupun agak kekok pada mulanya, harapanku agar kami masing-masing dapat memanfaatkan usaha murni sekolah ini, untuk kebaikan bersama. Sehubungan dengan itu juga, seperti mana yang dirancang, sememangnya diri ini memang suka kalau orang-orang terdekat merasa gembira jika mendapat sesuatu... ye, sifat menghadiahi orang....kucuba praktikkan... Alhamdulillah, sekadar yang berkesempatan...

Namun, dalam pada itu, diri ini sama-sama diingatkan... Alhamdulillah, kalian mengingatkan. walapun pada mulanya, diri agak yakin, tapi kemudian, setelah pulang, fikiran ini kembali teringat akan apa yang diperkatakan. Dengan itu, di sini sedikit tips untuk dikongsi bersama, semoga kan mendapat manfaatnya, insya Allah.....

*perkongsian ini dari : http://hpa-halal4u.blogspot.com/

Berhenti dari memakan Crispy !!! terutama Org2 ISLAM
crispy2
mungkin kita pernah memakannya???
crispy3
SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES. SDN BHD
DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG
JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...
crispy1
SILA LIHAT Gambar UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU TAK BERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KAT
PLASTIK TU...ADA (E476)





Saturday, July 10, 2010

PERMATA harapan semua...

Tanggal 7 Julai yang lalu, rasa agak bermakna apabila bersama-sama dengan barisan sahabat sekerjaya ku diberi penghormatan untuk menjadi Mentor kepada pelajar kumpulan harapan dari tingkatan 5. Kalau pada tahun lalu, aku sekadar menjadi pemerhati dari jauh sahaja. Tapi, alhamdulillah, tahun ini, rasa cukup berbangga dengan semua ini.

Harapanku agar, sedikit sebanyak kami dapat memberi suntikan semangat dan sokongan untuk mereka semua. Bagi mereka yang tersenarai sebagai mereka yang diharapkan, semoga syukur dengan ketentuanNya ini dan jadikanlah ia azimat buat kalian semua terus berazam untuk mencapai yang terbaik sepanjang mencedok pengalaman kehidupan di bumi As-Sharifah ini...insya Allah...

Seketika kutitipkan.....


Setelah beberapa hari dalam kesibukan...menyelesaikan mana-mana yang patut..baru kini dapat terus kusambung tarian kalam ini... Syukur, kelas tambahan, untuk kedua-dua kelas form 5, dapat kulaksanakan minggu ini. Semoga dapat terus istiqamah, insya Allah...sukatan kita akan dapat diselesaikan, kalian jangan risau, ye...


Dalam pada masa yang sama itu jugalah, ramai juga students yang dapat aku jumpa. Yang memang dalam 'list' mahupun yang diilhamkan olehNya untuk kutemui mereka...kadang-kadang, tidak kita sangka...air yang tenang itu, rupa-rupanya ada buaya... Buat H*******, cikgu harap muhasabah semula, renungkan apa yang telah cikgu tegurkan dalam amarah saya tengahari tadi... Tiada pernah berniat untuk menyusahkanmu, sebaliknya sebagai tanggungjawab AMNM, dan tugas yang terpikul di bahu ini...


Untuk mereka yang lain-lain pula, sebagai renungan semula.....ingatlah satu perkara dalam kita mengharungi kehidupan di alam yang tidak kekal ini....bahawa Hidup kita Ini Berpenghujung..... Dalam kita ingin melangkah kaki, mahupun melontar kata apatah lagi mengatur bicara, ingatlah sesungguhnya Allah lah sebaik-baik sandarannya....Dia sentiasa memerhati apa yang kita lakukan atau niatkan... Mintak dijauhkan olehNya, setiap apa yang kita ingin lakukan itu, terpesong/tersasar dari landasan yang hakiki sebagai seorang Muslim Mukmin..... Apapun jua, ingatlah selalu.....biarlah sebaiknya, hidup kita senantiasa dalam lingkungan kebaikan, perkara-perkara yang disukai Nabi, amalan-amalan yang disarankan untuk kita melakukannya....





Amat malanglah, seandainya apa yang kita lakukan itu, sekadar untuk memuaskan hati, biar lega rasa geram dan amarah pada orang lain. Semakin buruk apabila sesuatu fitnah dilontarkan, bertambah besarlah pula kesan sampingannya.....

Namun, seandainya kita menafikan pula sesuatu yang benar berlaku, dengan harapan tertutup segala kejahatan yang pernah kita lakukan, maka Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana....sesama manusia memang mudah untuk kita bermain kata, tapi jangan sekali-kali dengan Allah, nau'zubillah....



Kepada kalian semua(Z******, S*****,F********,I*****,E***** dll), fahamilah prosedur yang perlu cikgu ikuti. Sesuatu tindakan, insya Allah tidaklah secara semborono sahaja. Janganlah meletakkan sesuatu di fikiran(mindset) fakta yang tidak betul. Ingatlah selalu :
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki, dendam mendendami, buruk sangka, tidak bersyukur dengan kurniaanMu, menolak hakikat kejadian diri seadanya dan engkar padaMu....
Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang benar.... Amin....

Sunday, July 4, 2010

Sedikit terkilan....


Melibatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah memang sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi andaikata itu merupakan tahun terakhir seseorang murid itu di sesebuah sekolah. Namun, sejauh mana penghayatan yang dibuat oleh seseorang individu itu, tidaklah dapat diukur dari pandangan mata kasar...

Sukan sekolah antara 'event' yang paling diminati ramai murid. Ini adalah kerana ia tidak bersifat akademik, tiada terlalu melibatkan fokus pemikiran dan bercorak santai. Namun setakat mana seseorang murid itu dapat menjiwai sukan itu untuk memotivasikan semula diri masing-masing, terutamanya yang berkaitan dengan soal-soal akademik? Sejauh mana pula individu itu mampu mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi di kelasnya semasa sesi P&P semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang 'non-academic' tadi...


Terkilan dibuatnya....berapa ramai anak-anak didikku yang telah mengharung padang yang seumpama sawah, kerana hari sukan sekolah. Dari kejauhan, aku hanya mampu memerhati dengan rasa sensitif kerana sehingga begitu kita mempermudahkan urusan aurat kita sendiri. Tidak cukup dengan berkaki ayam;tidak berkasut, ada juga yang "ter"singsing seluar hingga menampakkan betis bunting padinya. Buat para atlit pula, segelintir itu, terlupa barangkali untuk mem"pin"kan tudungnya(sama ada di bahagian belakang atau depan). Maka terserlah segalanya untuk dipertontonkan...

Malu aku melihat anak-anak didikku sendiri yang menjadi tontonan ahli keluarga sendiri....ye lah, cikgu-cikgu lelaki, staf lelaki, guru praktikal lelaki...mereka semua masih lagi bukan muhrim kita.... Apa dayaku....walau bagaimanapun, syabas diucapkan untuk segelintir yang masih dapat mempertahankannya! Walau lencun stokin putih/hitam jadi cokelat, sehingga ada yang sampai hilang kasutnya...semoga Allah jua yang bersama kalian yang cuba menegakkan syariat agamaNya dalam diri kita..

Wallahua'lam.....

Ingat selalu, cikgu.....

Dalam sesebuah proses Pengajaran & Pembelajaran(P&P) yang berkesan untuk membangunkan potensi murid perlu ada 5 prinsip di bawah :


1. buka minda (minds-on)
2. buka naluri (senses-on)

3. secara praktikal (hands-on)

4. buka emosi (emotions-on)

5. semangat dalaman (spirits-on)


Setiap guru perlu mempraktikkan 5 prinsip ini semasa berada di dalam kelas agar setiap pelajar benar-benar telah bersedia untuk belaja
r. Selain daripada itu, 6 ciri guru yang boleh menjadi ikutan bersama serta sebagai titik tolak untuk menjadi guru yang dapat menjinakkan para pelajarnya adalah seperti :


1 - Punya keterampilan interpersonal dan keterampilan profesional.
Selalu menghargai kejayaan pelajar dan memberi rasional tentang peri pentingnya ilmu
dalam kehidupan seseorang.

2 - Meletakkan kepercayaan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan.
Sentiasa meletakkan kepercayaan kepada apa jua yang dilakukan pelajar di samping
bimbingan yang seiring dengan hasil yang dikehendaki.

3 - Terbuka dan kolaboratif, tetapi akan tetap melakukan intervensi bila
diperlukan.

Mudah menerima pandangan dan komentar pelajar, boleh bertukar pendapat; namun
sentiasa mempastikan suasana kelas dalam kawalannya.



4 - Mudah ditemui dan diajak bicara.
Apabila di luar sesi P&P, guru seharusnya mudah didampingi dan rela meluangkan masa di
luar P&Pnya untuk pelajar yang memerlukan khidmatnya.

5 - Punya perspektif ke depan.

Sentiasa menekankan kepada anak didiknya akan kepentingan mereka mendahulukan soal
akademik berbanding yang lain kerana itu merupakan aset penting untuk masa depan
mereka.

Saturday, July 3, 2010

Ada ukhuwwah pada guru...


Apabila seseorang guru berada di dalam kelas, beliau bukan sahaja bertindak sebagai murabbi(guru), malah sebenarnya lebih kepada seorang pendidik, malah kawan... Dalam erti kata lain, beliau bukan setakat memberi dan menyampaikan ilmu pengetahuan dari penguasaan bidangnya, malah juga menjadi insan yang paling rapat kepada mereka yang menerima ilmunya pada ketika proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung.



Walau bagaimanapun, setakat mana seseorang murid atau pelajar itu boleh menerima guru tersebut; sama ada untuk dijadikan semata-mata guru, pendidik atau mungkin kawannya? Percaya atau tidak, sebanyak mana seseorang itu menerima guru dan pengajarannya, begitulah banyaknya jua ilmu dan keberkatannya yang bakal terserap di dalam jiwanya. Mungkin ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak, lebih-lebih lagi bagi seorang murid. Masakan tidak aduhai sayang....., guru merupakan ibu bapa kedua kalian selama mana anda berada berjauhan dari keluarga, ibu bapa, semata-mata untuk mencari bekalan ilmu di sebuah institusi yang amat suci dan tinggi martabatnya, iaitu lah sekolah.


Di sekolah lah, bermulanya imej diri seseorang diperjelaskan dengan bantuan dan suntikan semangat seorang insan yang bernama guru. Mahu atau pun tidak, percaya atau tidak, rasa ini pasti terselit dalam jiwa setiap manusia yang pernah mengenali hati budi seorang guru; tidak kiralah sama ada guru dari sekecil-kecil peranan di tadika, sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat lebih tinggi, universiti.

Maka, amatlah wajar bagi kita, seharusnya berterima kasih malah belajar bersungguh-sungguh dengan meminimakan beban dan masalah kepada para guru yang telah banyak menyumbang tenaga, masa dan usahanya untuk turut sama menjadi penyumbang kepada sebuah kejayaan dalam hidup kita.

Agak-agaknya...tanpa guru, apalah corak pada jiwa kita? Tanpa guru, terbangunkah azam dan semangat membara? Tanpa guru, berjayakah kita dengan barakah?

Friday, July 2, 2010

Renung tafakur


Renungkanlah diri kita...setakat mana keikhlasan kita mengharungi kehidupan... Setinggi mana kasih dan sayang yang seharusnya kita curahkan kepada insan-insan yang sepatutnya menerima kasih kita... Telah terlaksanakah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada diri kita?

Andai masih ada kesempatan yang diberiNya, kita mungkin boleh terus santai.... Namun, andai esok penghujung sebuah kehidupan yang kita miliki kini, apakah masih mampu dan sanggup untuk kita terus dalam keadaan alpa begini....?

Duhai diri, perelokkanlah langkah kakimu, perbaikilah butir bicaramu, hiasailah hulur salammu, agar kan semakin mekar kasih sayangNya buat diri kita, selaku hamba yang hina di sisiNya...

Amin...segunung pengharapan dipanjatkan kepadaMu jua....
Related Posts with Thumbnails