
Melibatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah memang sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi andaikata itu merupakan tahun terakhir seseorang murid itu di sesebuah sekolah. Namun, sejauh mana penghayatan yang dibuat oleh seseorang individu itu, tidaklah dapat diukur dari pandangan mata kasar...
Sukan sekolah antara 'event' yang paling diminati ramai murid. Ini adalah kerana ia tidak bersifat akademik, tiada terlalu melibatkan fokus pemikiran dan bercorak santai. Namun setakat mana seseorang murid itu dapat menjiwai sukan itu untuk memotivasikan semula diri masing-masing, terutamanya yang berkaitan dengan soal-soal akademik? Sejauh mana pula individu itu mampu mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi di kelasnya semasa sesi P&P semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang 'non-academic' tadi...
Terkilan dibuatnya....
berapa ramai anak-anak didikku yang telah mengharung padang yang seumpama sawah, kerana hari sukan sekolah. Dari kejauhan, aku hanya mampu memerhati dengan rasa sensitif kerana sehingga begitu kita mempermudahkan urusan aurat kita sendiri. Tidak cukup dengan berkaki ayam;tidak berkasut, ada juga yang "ter"singsing seluar hingga menampakkan betis bunting padinya. Buat para atlit pula, segelintir itu, terlupa barangkali untuk mem"pin"kan tudungnya(sama ada di bahagian belakang atau depan). Maka terserlah segalanya untuk dipertontonkan...Malu aku melihat anak-anak didikku sendiri yang menjadi tontonan ahli keluarga sendiri....ye lah, cikgu-cikgu lelaki, staf lelaki, guru praktikal lelaki...mereka semua masih lagi bukan muhrim kita.... Apa dayaku....walau bagaimanapun, syabas diucapkan untuk segelintir yang masih dapat mempertahankannya! Walau lencun stokin putih/hitam jadi cokelat, sehingga ada yang sampai hilang kasutnya...semoga Allah jua yang bersama kalian yang cuba menegakkan syariat agamaNya dalam diri kita..
Wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment