TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Saturday, July 3, 2010

Ada ukhuwwah pada guru...


Apabila seseorang guru berada di dalam kelas, beliau bukan sahaja bertindak sebagai murabbi(guru), malah sebenarnya lebih kepada seorang pendidik, malah kawan... Dalam erti kata lain, beliau bukan setakat memberi dan menyampaikan ilmu pengetahuan dari penguasaan bidangnya, malah juga menjadi insan yang paling rapat kepada mereka yang menerima ilmunya pada ketika proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung.



Walau bagaimanapun, setakat mana seseorang murid atau pelajar itu boleh menerima guru tersebut; sama ada untuk dijadikan semata-mata guru, pendidik atau mungkin kawannya? Percaya atau tidak, sebanyak mana seseorang itu menerima guru dan pengajarannya, begitulah banyaknya jua ilmu dan keberkatannya yang bakal terserap di dalam jiwanya. Mungkin ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak, lebih-lebih lagi bagi seorang murid. Masakan tidak aduhai sayang....., guru merupakan ibu bapa kedua kalian selama mana anda berada berjauhan dari keluarga, ibu bapa, semata-mata untuk mencari bekalan ilmu di sebuah institusi yang amat suci dan tinggi martabatnya, iaitu lah sekolah.


Di sekolah lah, bermulanya imej diri seseorang diperjelaskan dengan bantuan dan suntikan semangat seorang insan yang bernama guru. Mahu atau pun tidak, percaya atau tidak, rasa ini pasti terselit dalam jiwa setiap manusia yang pernah mengenali hati budi seorang guru; tidak kiralah sama ada guru dari sekecil-kecil peranan di tadika, sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat lebih tinggi, universiti.

Maka, amatlah wajar bagi kita, seharusnya berterima kasih malah belajar bersungguh-sungguh dengan meminimakan beban dan masalah kepada para guru yang telah banyak menyumbang tenaga, masa dan usahanya untuk turut sama menjadi penyumbang kepada sebuah kejayaan dalam hidup kita.

Agak-agaknya...tanpa guru, apalah corak pada jiwa kita? Tanpa guru, terbangunkah azam dan semangat membara? Tanpa guru, berjayakah kita dengan barakah?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails