Dalam sesebuah proses Pengajaran & Pembelajaran(P&P) yang berkesan untuk membangunkan potensi murid perlu ada 5 prinsip di bawah :
1. buka minda (minds-on)
2. buka naluri (senses-on)
3. secara praktikal (hands-on)
4. buka emosi (emotions-on)
5. semangat dalaman (spirits-on)
Setiap guru perlu mempraktikkan 5 prinsip ini semasa berada di dalam kelas agar setiap pelajar benar-benar telah bersedia untuk belajar. Selain daripada itu, 6 ciri guru yang boleh menjadi ikutan bersama serta sebagai titik tolak untuk menjadi guru yang dapat menjinakkan para pelajarnya adalah seperti :
1 - Punya keterampilan interpersonal dan keterampilan profesional.
Selalu menghargai kejayaan pelajar dan memberi rasional tentang peri pentingnya ilmu
dalam kehidupan seseorang.
2 - Meletakkan kepercayaan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan.
Sentiasa meletakkan kepercayaan kepada apa jua yang dilakukan pelajar di samping
bimbingan yang seiring dengan hasil yang dikehendaki.
3 - Terbuka dan kolaboratif, tetapi akan tetap melakukan intervensi bila
diperlukan.
Mudah menerima pandangan dan komentar pelajar, boleh bertukar pendapat; namun
sentiasa mempastikan suasana kelas dalam kawalannya.

4 - Mudah ditemui dan diajak bicara.
Apabila di luar sesi P&P, guru seharusnya mudah didampingi dan rela meluangkan masa di
luar P&Pnya untuk pelajar yang memerlukan khidmatnya.
5 - Punya perspektif ke depan.
Sentiasa menekankan kepada anak didiknya akan kepentingan mereka mendahulukan soal
akademik berbanding yang lain kerana itu merupakan aset penting untuk masa depan
mereka.
No comments:
Post a Comment